Dah Malas Nak Bercinta Lama-Lama, Kalau Boleh Kenal Terus Kahwin. Ini Idaman Setiap Mereka Yang Sudah Lama Sangat Membujang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila orang lain sedang sibuk bersama pasangan dan menguruskan keluarga masing-masing, yang bujang masih lagi sibuk dengan dirinya sendiri. Sibuk mencari pasangan, keseronokkan dan menikmati hidup. Walaupun nampak macam gembira sahaja, tetapi mereka ini sebenarnya sedih juga dan ingin menikmati alam rumahtangga seperti orang lain.

Dalam kalangan bujang itu terdapat pelbagai jenis bujang, ada yang membujang kerana putus cinta, masih belum bertemu jodoh bahkan hubungan tidak direstui. Macam-macamlah punca mengapa seseorang itu bujang, tapi akhirnya mereka memiliki impian yang sama iaitu ingin berkahwin dan menikmati hidup dalam sebuah keluarga bersama pasangan.

Sebab itu rata-rata mereka yang bujang ini akan membuat pilihan untuk segera berkahwin berbanding berkenalan dengan seseorang terlalu lama. Alah, macam bercinta selepas kahwin. Mereka tidak mahu menjalani satu hubungan yang tidak pasti dan sia-sia lagi.



Bukan hanya itu sahaja, ada beberapa sebab lain lagi yang membuat mereka ingin segera berkahwin ini.

1. Umur semakin meningkat

Apabila umur semakin meningkat, buat apa nak bercinta lama-lama sudah tentu ia sekadar membuang masa sahaja. Lebih baik segerakan apa yang patut dilakukan jika sudah kedua-duanya mempunyai perasaan yang sama. Bahkan, perkara yang baik kan lebih baik dicepatkan.



2. Ingin hilangkan truama masa lalu

Sebenarnya bercinta dan berkenalan dengan seseorang agak lama hanya akan membuatkan rasa takut akan hubungan tak jadi semakin tebal dalam diri. Bahkan, kalau truama akan hubungan lalu pun boleh membuat anda give up akan hubungan yang baru ini. Sebab itu ramai yang masih single lebih suka terus kahwin tanpa bercinta dahulu.

3. Yakin dia seorang yang tepat

Apabila telah lama sangat menunggu seseorang, sudah tentu anda merasakan bahawa yang datang ini merupakan seseorang yang tepat buat diri anda. Segala kelakuan dan ciri-ciri yang ada pada dirinya telah membuatkan anda yakin bahawa dia yang tepat. Jadi buat apa nak tunggu lama-lama.



4. Banyak perkara terbuang

Apabila bercinta bertahun-tahun, sudah tentu banyak masa terbuang. Kadang bukan masa sahaja, duit pun banyak terbuang kerana bercinta. Jadi lebih baik kalau terus sahaja ke hubungan yang halal, boleh fokus kepada masa depan bersama.

5. Sudah bersedia

Alah, senang cerita mereka yang tidak mahu bercinta lama ini sudah bersedia nak menjadi suami atau isteri orang. Kalau semua perkara sudah sedia dan yakin mampu pikul tanggungjawab, buat apa nak tunggu lama-lama. Sebabnya hubungan yang lama belum tentu akan ke jinjang pelamin.

Yang bujang-bujang setuju ke tak?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen