Kahwin Bukan Sebab Nak Ada Pasangan Sahaja, Tapi Nak Jadi Lebih Matang & Kenal Erti Tanggungjawab.

Oleh: Zuzu Yasmine

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” – Surah Imran ayat 54.

Perkahwinan ini bukan hanya menyatukan dua hati, atau memiliki pasangan hidup yang menemai anda disaat susah dan senang, akan tetapi perkahwinan ini adalah satu perjalanan yang baru malah ia penuh dengan tanggungjawab dalam sesuatu perkara.

Memang bila bercakap mengenai kahwin ini, ramai yang menyimpan angan untuk membina rumahtangga bersama orang yang dicintai sepenuh hati, orang yang memberinya kebahagiaan sehingga membuatnya ingin berkahwin bahkan orang yang sanggup menghalalkan dirinya. Memang itu pada awalnya, tapi sebenarnya perkahwinan ini lebih dari itu.

Berkahwin ini bukan hanya ingin ada orang urus makan minum, bukan hanya perlukan tempat berlindung, bukan juga seeorang yang menemani tidur malam anda atau perkara lain, tetapi perkahwinan ini apabila anda rasa ingin bertanggungjawab dan tahu memberi keutamaan terhadap hubungan yang dibina itu.



Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Yasin ayat 36 yang bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.”

Sebab itulah jangan berkahwin hanya kerana anda mencintai dirinya, kerana anda ingin halalkan hubungan yang telah lama ataupun kerana anda melihat rakan-rakan anda kahwin. Akan tetapi, berkahwinlah bila anda ingin mencari redha Allah, ingin mengikut sunnah yang ditinggalkan Nabi, serta ingin menjadi orang yang lebih bertanggungjawab.



Setiap orang jodohnya akan datang pada bila-bila masa sahaja, tidak kiralah sama ada dia bersedia ataupun tidak, akan tetapi jodoh akan hadir pada waktu yang tepat dan anda sendiri tidak menduga. Sebab itu ada orang jodohnya datang terlalu awal dan ada juga yang terlalu lewat.

Surah al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.”

Sebab itulah, perkahwinan ini bukan hanya untuk memiliki pasangan tetapi lebih kepada untuk kenal akan tanggungjawab sebagai seorang suami, isteri, anak, ayah, ibu serta hamba. Maka dengan itu, bila memasang niat untuk mendirikan rumahtangga ini kena niat perkara yang baik-baik, bukannya dengan meletakkan dasar cinta sebagai perkara yang utama tetapi mencari keredhaan Allah itu adalah yang pertama.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen