Jangan Gunakan Orang Lain Untuk Merawat Luka Di Hati, Jangan Dipermainkan Hati Yang Ikhlas Mahukan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah nak melupakan seseorang yang pernah anda berkongsi kasih dan saling menyayangi. Nak-nak lagi jika perpisahan itu bukan berakhir dengan baik dan ia telah mengguris hati anda. Tentu sahaja ia membuakan anda lebih sukar move on. Seperti yang kita tahu, move on ini bukannya boleh dilakukan sehari dua, paling cepat pun ambil masa seminggu itu pun selepas menangis semahunya.

Setiap orang mempunyai cara yang berlainan dalam berdepan dengan perkara ini. Ada yang memilih masa untuk menyembuhkan segalanya, ada juga yang memilih aktiviti untuk melupakan bahkan ada juga yang memilih pengganti sebagai cara menghilangkan rasa sakitnya.

Jika anda memilih seseorang sebagai pengganti dalam hubungan yang tidak menjadi itu, anda sebenarnya sedang mempermainkan hatinya. Mana tidaknya, anda masih belum bersedia untuk memulakan satu hubungan yang baru dan anda sebenarnya masih belum melupakan bekas anda sepenuhnya. Jadi, untuk apa hubungan terjalin tanpa perasaan?



Banyak perkara sebenarnya anda perlu fikir sebelum menggunakan orang lain untuk move on dengan hubungan lalu. Walaupun ramai menyatakan bahawa ini adalah perkara yang paling berkesan tapi ia sebenarnya akan melukakan hati orang lain.

Berikut adalah keburukannya;



Anda tak ready nak beri hati dan fokus anda kepada hubungan tersebut

Baru lepas cinta dan kena fikirkan hubungan yang baru? Siapa yang sempat fikir hubungan sambil merawat hati sendiri. Sudah tentu anda akan lebih memikirkan hati anda dan memikirkan hubungan yang tidak menjadi itu. Akhirnya, anda hanya akan berpura-pura sahaja di depannya.

Anda akan main tarik tali hingga melukakan hati orang lain

Selalu sangat terjadi apabila dalam diam anda memberi harapan tapi pada masa yang sama anda acuh tak acuh sahaja bersamanya. Anda sebenarnya sedang melukakan hati seseorang yang ikhlas dengan anda. Akhirnya, si dia akan terluka dan melakukan perkara yang sama terhadap anda.



Anda akan membuang masa dengan hubungan yang sia-sia

Apabila anda memilih untuk melakukan ini, anda hanya membuang masa sahaja. Mana tidaknya, anda tidak akan move on malah terpaksa berdepan dengan perkara yang lebih memeningkan kepala. Sepatutnya, masa yang ada ini adalah masa untuk anda pulihkan semangat diri dari hal yang terluka.

Jadinya, jangan gunakan orang lain untuk merawat luka anda kerana ia tidak akan berhasil. Adalah lebih baik kalau anda ini beri masa untuk diri sendiri berbanding melakukan perkara ini. Move on itu adalah saat pemulihan untuk sesuatu yang baru, jadi ambil masa dan chill sahaja okay.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen