Bukan Dah Tak Sayang, Ini Cara Suami Tunjukkan Kasih Sayangnya Pada Diri Anda. Lebih Romantik & Sweet.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila lepas kahwin sahaja, ramai akan menyatakan suaminya sudah tidak seperti dahulu. Kalau dahulu, suaminya murah dengan pujian dan kata-kata yang membahagiakan tetapi selepas kahwin, semuanya semakin tawar dan menjauh.

Kita sebagai orang perempuan ini memang cepat sangat overthinking. Sikit-sikit tak kena, sikit-sikit ada yang tak baik bahkan terlalu berjaga-jaga sampaikan ia menghantui diri anda.

Jangan cepat sangat jatuhkan hukum dan mengelabah tak tentu pasal. Apabila seorang lelaki memilih anda untuk dijadikan isterinya, itu adalah tanda kasih dan sayangnya yang pertama. Selebihnya, anda perlu lihat dan perhatikan, bukannya membuat kesimpulan sendiri.


Begini, suami-suami tunjukkan kasih sayangnya pada anda, cuma anda sahaja yang tak perasaan.

Puji masakan anda

Kadang kala anda masak biasa-biasa sahaja, tetapi dia pula yang menambah dua tiga kali. Tak cukup itu, dia akan berikan senyuman pada anda sebagai menghargai penat lelah anda. Ramai yang merasakan masakan itu sedap tapi sebenarnya, itulah cara dia memuji anda. Cuma anda sahaja yang tak nampak akan perkara itu.



Bantu anda kemas rumah

Bila anda letih, anda akan buat muka. Rasa itu ini semuanya anda lakukan sendiri. Tapi dalam diam, pada hujung minggu dia akan bantu anda kemas rumah, lipat baju, ataupun basuh baju. Ala, kira macam kerja yang ringan-ringan ini dia macam murah hati nak tolong. Ini pun salah satu tanda dia sayangkan anda kerana ingin beri anda masa berehat pula.

Tolong uruskan anak-anak

Biasanya anak-anak sememangnya rapat dengan ibunya, mana tidaknya semua perkara ibunya akan lakukan buat mereka. Akan tetapi, jika tiba-tiba ayahnya hulurkan bantuan nak jaga, beri makan ataupun mandikan anda, berterima kasihlah kerana dia tahu anda nak rehat sebentar dari urus anak-anak. Jadi pejamkan mata sahaja kalau tiba-tiba baju dan seluar lain-lain warna.



Bawa anda keluar makan

Bila dia tahu anda penat, dia bawa anda keluar makan bersama. Kadang kala siap offer agar anda tak perlu masak dan dia akan beli makanan dari luar anda bawa anda sekeluarga keluar. Walaupun nampak macam tak ada apa-apa tapi ini pun kira dia sayang anda.

Bawa pulang ke kampung

Dia tahu anda akan rindukan ibu bapa anda di kampung, jadinya dia akan membawa anda pulang bila ada masa. Malah dia tidak menghalang untuk anda pulang ke kampung anda. Ini kerana, dia tahu anda juga ingin bermanja dengan ibu bapa anda.

Seorang suami yang memahami sebenarnya adalah suami yang sayang akan diri anda. Jangan kata suami tak sayang dah lepas ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen