Wanita Berhak Memilih Siapa Yang Menjadi Suami Dalam Hidupnya. Bukan Kerana Dipaksa Atau Terpaksa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin dan mempunyai teman hidup sudah tentu menjadi impian setiap orang. Memiliki pasangan hidup yang baik serta sempurna pada pandangan mata sememangnya menjadi satu keinginan. Namun begitu, bukan semua perkara yang kita mahu akan jadi kenyataan.

Apabila seseorang wanita itu berkahwin, maka suaminya itu cerminan buat dirinya. Kalau isteri baik belum tentu suami baik. Sebab itu kalau isteri masuk Syurga belum tentu suami juga akan masuk Syurga.

Jangan bimbang kalau orang kata anda ini terlalu memilih calon suami anda. Pilihlah selagi boleh dan sememangnya anda perlu menjadi seorang yang terlalu memilih. Ini kerana, suami yang anda pilih itu akan menjadi pemimpin sepanjang hidup anda bahkan dia juga yang akan mendidik dan mengatur segalanya buat anda.



Bukannya lelaki tidak boleh memilih, tapi lelaki boleh membentuk pasangannya, namun seorang isteri lebih mengikuti pimpinan suaminya. Jadi, wanita perlu jadi seorang yang terlalu memilih berbanding lelaki.

"Syurga seorang isteri itu terletak pada suaminya. Dan redha Allah pada isteri adalah bergantung kepada redha suami pada isterinya. Perempuan itu ibarat madrasah. Jika baik madrasah yang di bina maka baiklah yang lainnya. Suami adalah pemimpin kepada madrasah itu.

Perempuan itu untuk di bimbing dan di didik dengan keimanan. Tapi kalau yang mendidik itu lahir dari yang kayu bengkok mana mungkin yang di didik itu akan lurus. Bukan lelaki tak boleh memilih. Tapi kerana kaum perempuan itu lebih berhak untuk di lindungi.



Cukuplah akhir zaman ini ramai kaum perempuan tak di hargai oleh suami. Nafkah anak-anak tak di beri seolah-olah lepas bercerai lepas segala tanggungjawab. Belum sempat melahirkan anak tapi sudah di ceraikan. Sekalipun agama membenarkannya.



Begitukah cara seorang lelaki menjaga amanah dari Allah untuk dia?

Kepada perempuan di luar sana jangan memilih pasangan hidup semudah kalian nak membeli kangkung di pasar pagi. Agama telah tunjuk contoh lelaki yang baik untuk di jadikan suami. Jika lelaki yang di pilih baik agamanya itu tak baik. Bukan salah pada agama tapi penunggang agama itu yang salah.

Kalau kalian dah jumpa lelaki yang kalian yakin baik agamanya. Boleh jaga kalian dan anak-anak kalian kelak nanti. Hargai lah dia seperti mana dia menghargai kalian. Dan sentiasalah memohon petunjuk dari Allah.

Allah lebih Maha Mengetahui apa yang baik buat kita dan apa yang tak baik buat kita."



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen