Makin Mudah Nak Cari Jodoh Yang Serasi, Saintis Gunakan DNA Untuk Carikan Kita Pasangan Yang Sesuai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah mencari jodoh yang sesuai ini sememangnya menjadi satu perkara yang merunsingkan mereka yang bujang. Mana tidaknya, mereka ini bimbang kalau-kalau mereka tersalah pilih pasangan sehingga akan memudaratkan hidup mereka sendiri.

Jadinya dalam memilih pasangan ini, ramai yang meletakkan beberapa ciri tertentu sehingga mereka sendiri tidak tahu ingin memilih yang mana. Tapi siapa sangka, dengan pembuktian DNA seseorang itu kini mampu mencari pasangan hidup yang lebih serasi dan sesuai?

Jadinya, tak perlu nak fikir panjang, jumpa sahaja seseorang yang anda rasa sesuai dan berkenan terus sahaja buat DNA test. Mudahkan?

Ia telah dilakukan sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Erik Holzl seperti dilaporkan dalam Genius Beauty.


Idea untuk mencari pasangan ideal menggunakan DNA tercetus selepas Holzi melihat hubungkait antara DNA dengan sifat manusia.

"Pembuktian DNA untuk memiliki pasangan yang memenuhi kekurangan kita boleh dilakukan kerana secara tidak langsung kita dapat mencari pasangan dengan genetik yang sesuai”, kata beliau selepas menjalankan kajian keatas ribuan sampel air liur pasangan.

Holzl menjelaskan bahawa tubuh manusia dapat merasakan kekebalan tubuh orang lain, kerana itu membuat setiap orang memilih pasangan yang diinginkan sesuai dengan apa yang ada dalam dirinya.



Nampaknya selepas ini lebih mudahlah nak cari pasangan yang serasi dan sesuai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen