3 Tips Mencari Pasangan Yang Sesuai Dengan Anda Masih 'Bujang'.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh yang lambat kadang kala sangat membimbangkan, nak-nak lagi bila umur sudah semakin meningkat. Namun, ada juga yang menyatakan bahawa saat bujang ini lah saat yang sesuai untuk anda nikmati hidup, selepas kahwin nanti boleh fokus sepenuhnya kepada keluarga pula.

Sukar mendapat jodoh juga merupakan salah satu ujian dalam hidup sebenarnya. Tapi, bila jodoh itu telah tiba, cepat atau lambat pasti akan bertemu juga. Yang paling penting, kita perlu banyak bersabar dan juga redha dengan ujian yang diberikan kepada kita ini.

Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain, boleh jadi ujian seperti ini lebih membentuk anda menjadi insan yang dekat kepada Allah. Jika anda ingin mencari jodoh ini tips yang anda boleh amalkan.



1. Berdoa kepada Tuhan

Jadikan ini sebagai prinsip nombor satu dalam hidup. Apa sahaja keinginan yang tersemat dalam hati, luahkan kepada Illahi.

Jangan haling diri anda daripada berdoa dan jangan malu untuk meminta kepada Allah. Mintalah apa sahaja yang tersemat dalam hati kepadaNya.



2. Nyatakan kriteria yang anda inginkan pada pasangan

Tidak salah jika kita ada kriteria sendiri untuk mencari pasangan hidup. Mungkin ini akan mudahkan anda untuk membuat keputusan dalam hidup.

Tapi jangan terlalu fokus terhadap kriteria yang telah anda tetapkan mungkin dalam buta mencari jodoh idaman anda gagal melihat kelebihan jodoh yang hadir dalam hidup anda.

3. Mendapat restu ibu bapa

Selain daripada mendoa kepada Allah, meminta restu daripada orang tua anda adalah penting. Nyatakan hasrat ini kepada kedua ibu bapa anda dan minta agar mereka merestui perjalanan hidup anda dan pasangan pilihan hati.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen