Bimbang Jodoh Tak Kunjung Tiba, Jangan Terkejut Kalau Selangor & Johor, Antara Ramai Yang Masih Membujang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selama ini kita yang bujang ini ingat mereka yang sudah berkahwin ini lebih ramai berbanding mereka yang bujang sehingga membuatkan sukar nak bertemu calon pasangan hidup. Dah banyak platform mencari jodoh digunakan tetapi pasangan yang diinginkan masih juga tak muncul-muncul. Umur pula semakin meningkat, tentu sahaja akan timbul kebimbangan di hati.

Jangan terlalu gabra dan bimbang kalau anda masih tak jumpa jodoh anda. Ataupun anda merasakan bahawa jodoh anda sudah bersama dengan orang lain, ini kerana, masih ramai yang belum mendirikan rumahtangga akibat beberapa punca yang tidak dapat dielakkan.



Jangan bimbang, tentu dalam ramai-ramai itu ada terselit jodoh anda. Cuba apa yang perlu anda lakukan adalah terus berusaha untuk berjumpa dengan pasangan hidup anda tanpa kenal erti putus asa.

Menurut petikan Sinar Harian, perubahan sosial, tekanan pekerjaan dan ekonomi yang stabil untuk hidup bersendiri menyebabkan trend kahwin lewat terutamanya di bandar-bandar besar Malaysia semakin meruncing.


Trend bujang senja ibu kota paling menakutkan apabila berdasarkan rekod bancian tahun 2010, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mempunyai bilangan atau peratusan lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas belum berkahwin paling tinggi.

Lebih mengejutkan berdasarkan kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang (dalam kalangan 30 tahun ke atas), Selangor merekodkan jumlah tertinggi wanita bujang apabila angkanya melebih 1,014,327 orang orang. Ia diikuti wanita bujang di Johor seramai 636,537 orang

Bagaimanapun dari segi peratusan jumlah penduduk, wanita bujang 30 tahun ke atas lebih tinggi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang apabila masing-masing merekodkan 14.81 peratus dan 12.60 peratus.



Bagi kategori lelaki pula, kaum Adam di Selangor turut mencatatkan jumlah bujang 30 tahun ke atas paling ramai mencecah 148,803 orang diikuti Johor 104,416 orang.

Bagaimanapun dari segi peratusan pula, ia tetap didominasi lelaki kota apabila 18.78 peratus lelaki Kuala Lumpur dan 16.80 peratus lelaki Pulau Pinang belum berumah tangga.

Masih ramai yang bujang walaupun umur telah meningkat. Jadi jangan terlalu bimbang kalau jodoh anda telah dicuri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen