Naikan Seri Wajah Buat Si Raja Sehari, Jangan Lupa Lakukan Langkah Ini 3 Bulan Awal.

Oleh: Zuzu Yasmine

Majlis persandingan adalah hari yang paling bersejarah buat diri sendiri. Sudah tentu pada saat ini anda ingin kelihatan yang paling berseri dan juga cantik sekali. Mana tidaknya, andakan raja sehari sudah tentu akan menjadi tatapan tetamu yang datang.

Segala persiapan telah lengkap malah pergi ke spa untuk naikkan seri muka juga turut telah dilakukan, akan tetapi bukan luaran sahaja yang perlu dijaga, dalaman juga penting. Nak-nak lagi saat ini anda begitu sibuk lengkapkan apa yang patut, tentu sahaja ada yang terlepas pandang.

Tidak mahu solekkan bercapuk ataupun kusam pada majlis persandingan ini bukan terletak pada jurusolek yang telah anda tempah akan penjagaan diri sebelum majlis juga memainkan peranan penting.


Berikut merupakan 5 tips yang boleh diamalkan oleh bakal raja sehari bagi menaikan lagi seri wajah di hari yang berbahagia nanti.

1. Makan makanan yang kaya dengan kandungan air

Perbanyakkan makan makanan yang mengandungi banyak air. Kesan dari makanan tersebut mampu membekalkan penghidratan pada kulit dan mempunyai kesan yang sama seperti minum H20. Cuba amalkan makan dan minum makanan yang kaya dengan air seperti tembikai, pic, timun, lada benggala dan juga salad.



2. Minum air yang secukupnya

Paling penting minum air yang secukupnya. Dalam sehari anda digalakkan untuk minum sebanyak 8 gelas air putih setiap hari bagi memberikan kesan yang baik pada struktur kulit dan nampak lebih anjal dan tegang. Sekiranya anda tidak mengemari air putih, anda boleh saja gantikan dengan air hirisan timun dan lemon bagi memberikan lagi kesegaran sekaligus membekalkan antioksidan yang mesra pada kulit.

3. Bersihkan wajah dengan teratur

Paling penting adalah, anda harus menjaga dan membersihkan wajah anda dengan teratur dan pemilihan produk kecantikan yang mampu menyerap ke dalam kulit wajah dengan baik sehingga ke lapisan penghidratan.

4. Gunakan produk kaya dengan kuasa penghidratan yang tinggi

Tahukah anda, kalsium kini adalah ketua bagi segala penghidratan. Kini ia sudah 10 kali lebih kaya kuasa penghidratan berbanding air thermal. Oleh itu, anda boleh gunakan produk kecantikan yang mengandungi kalsium dan itu boleh membantu mengembalikan segala kelembapan kulit dan memerangkap segala molekulair di bahagian permukaan wajah.



5. Lakukan senaman yang teratur

Bersenam adalah sangat penting bagi membaiki sistem peredaran darah dan menaikan seri wajah. Sila ikuti panduan di bawah bagi memiliki penghidratan yang cukup.

• Minum sebanyak 1 liter air setiap dua atau tiga jam sebelum memulakan bersenam.
• Minum 0.2 liter air 20 hingga 30 minit sebelum bersenam atau sedang memanaskan badan.
• Minum 0.1 hingga 0.3 liter air setiap 10 ke 20 minit semasa bersenam.
• Minum -.2 liter tidak lebih dari 30 minit setelah bersenam.

Sangat mudah sebenarnya untuk mengembalikan kulit yang sihat dengan mengamalkan minum dan makan yang seimbang bagi menaikan seri wajah sebelum menjelang tarikh perkahwinan. Usah risau, anda boleh ikuti tips mudah di atas supaya wajah anda menjadi tatapan dan kelihatan cantik dan manis di atas pelamin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen