Harga Kursus Kahwin Mengikut Negeri, Bakal-Bakal Pengantin Kena Ambil Tahu Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum berkahwin, kita sebagai rakyat Malasyia yang beragama Islam telah ditetapkan untuk mengikuti kursus perkahwinan agar lebih bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan. Bukan itu sahaja, ia juga lebih memberi gambaran jelas akan tugas masing-masing dan bagaimana perkahwinan itu sendiri.

Mungkin ada yang telah ambil kursus ini ketika masih bujang lagi, ada juga yang ambil ketika sudah mempunyai pasangan dan ada juga yang ambil kursus ini saat diri mereka bakal bergelar suami atau isteri tidak lama lagi. Semuanya bergantung kepada anda untuk melakukan kursus ini pada waktu bila, yang penting telah mengikuti kursus ini.

Kursus perkahwinan merupakan satu kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Negeri kepada pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Selain dari Jabatan Agama Negeri, ada juga syarikat-syarikat swasta yang bertauliah menganjurkan kursus ini.

Kursus perkahwinan ini adalah wajib kepada mereka yang belum pernah berkahwin. Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan tentang alam perkahwinan yang bakal mereka tempuhi nanti. Kursus ini juga bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang sering berlaku dalam rumahtangga.

Kenapa kita diwajibkan mengambil kursus kahwin dalam kursus ini, mereka akan didedahkan tentang apakah tanggungjawab mereka masing-masing sebagai suami atau isteri, proses pendaftaran perkahwinan, cara pengurusan rumahtangga, cara menghadapi masalah dalam rumahtangga, kisah-kisah benar berkaitan alam perkahwinan untuk dijadikan tauladan dan bermacam-macam lagi pengetahuan yang penting berkaitan dengan alam perkahwinan.



Kursus perkahwinan ini amat penting sebagai persediaan kepada setiap pasangan. Islam mewajibkan kita untuk menuntut ilmu. Oleh kerana itu kursus perkahwinan ini amat penting dalam Islam.

Perkahwinan itu bukanlah suatu perkara mudah akan tetapi ianya adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang baru yang penuh dengan tanggungjawab.

Kursus perkahwinan ini boleh dihadiri pada bila-bila masa sebelum berkahwin mengikut kelapangan waktu dan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh tempat kursus yang dipilih. Kursus ini boleh dihadiri bersama pasangan ataupun secara individu. Bagi menyertai kursus ini, setiap individu perlu mengisi borang pendaftaran secara atas talian ataupun secara langsung mengikut negeri masing-masing.



Kursus ini selalunya diadakan selama dua hari berturut-turut tanpa bermalam sama ada pada hari-hari biasa ataupun pada hujung minggu. Bermula pada waktu pagi dan berakhir pada sebelah petang.Manakala pada hari kedua hanya separuh hari. Setelah selesai, setiap peserta akan diberikan sijil menandakan mereka telah menyertai kursus tersebut. Sijil inilah yang akan digunakan untuk memohon surat kebenaran berkahwin nanti.

Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ataupun kehilangan sijil, mereka tidak akan dibenarkan berkahwin dan dikehendaki untuk memohon semula sijil berkenaan. Sijil kursus ini tiada tarikh luput. Ianya sah digunakan untuk seumur hidup. Bagi mereka yang mempunyai sijil pengajian Islam seperti Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana sijil pengajian agama yang diiktiraf, mereka boleh memohon untuk pengecualian dari menghadiri kursus perkahwinan.

Jabatan Agama di setiap negeri ada menganjurkan kursus ini. Oleh kerana itu, seseorang itu boleh menghadirinya di mana-mana tempat yang mereka mahu mengikut kemudahan masing-masing.

Senarai Harga Kurus Kahwin Mengikut Negeri (2020)



Yuran kursus perkahwinan yang dikenakan adalah berbeza mengikut Jabatan Agama Negeri masing-masing. Yuran yang dikenakan adalah merangkumi:

• Makan dan minum
• Buku gerbang perkahwinan
• Fail dan alat tulis
• Sijil tenaga pengajar




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen