Orang Perempuan Kalau Cari Calon Suami, Dia Akan Lihat 3 Perkara Ini Dahulu...

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang lelaki, kadang kala agak sukar nak pikat hati seorang wanita yang anda minati bukan? Nak-nak lagi kalau dirinya itu jinak-jinak merpati, macam ada peluang nak mendekati tetapi tiba-tiba pula dirinya menjauh. Sudah tentu anda ingin tahu apa yang orang perempuan ini pandang terlebih dahulu pada lelaki.

Bukan itu sahaja, kadang kala anda sebagai lelaki ini kurang rasa confident apabila ingin mendekati seorang perempuan. Takut poket tak cukup teballah, rupa paras tak begitu kacaklah, ataupun sekadar kerja biasa-biasa sahaja. Haaa.... lagi takut nak dekat orang perempuan ini.



Disini ada beberapa perkara yang paling utama orang perempuan akan lihat dahulu berdasarkan urutan. Jom lihat apa yang paling utama.



Tempat ketiga: Rupa paras

Jangan terkejut kalau rupa paras seseorang itu bukan perkara yang paling utama dilihat oleh seorang wanita. Tidak kiralah anda rasa anda kacak atau sebaliknya, itu semua bergantung kepada taste seseorang. Setiap orangkan miliki cita rasa yang berbeza. Biasanya, orang perempuan ini lebih memilih lelaki yang jaga penampilan sahaja.

Tempat kedua: Perkerjaan

Perkerjaan adalah perkara yang menarik perhatian mereka. Walaupun rupa tak seberapa tetapi anda mempunyai kerja yang bagus dan tetap sudah tentu anda mempunyai peluang yang lebih banyak berbanding perkara lain. Nak-nak lagi dengan harga barang yang mahal dan kadar hidup yang tinggi, sudah tentu kestabilan dalam perkerjaan ini tersangat memainkan peranan yang penting. Biasanya lelaki yang mempunyai kerjayaan sebagai profesional dan berkelayakan tinggi menjadi pilihan, bukan hanya pilihan si gadis tetapi juga pilihan ibu bapanya untuk dibuat menantu.



Tempat petama: Umur

Orang perempuan ini lebih suka lelaki yang lebih berumur sedikit dari mereka, ini kerana kalian akan lebih matang dan memikir masa depan dengan lebih jelas. Walaupun anda kelihatan matang tetapi usia anda masih muda darinya, tentu akan membuatkan dirinya teragak-agak untuk memilih anda. Mereka ini bukannya mahu lelaki yang terlalu tua, etapi lelaki yang tidak jauh beza dari umurnya. Macam beza umur 2 atau 3 tahun.

Selalunya, orang akan anggap bahawa paras rupa dan poket tebal itu memainkan peranan dalam memikat hati wanita. Mungkin tanggapan itu betul tapi tidak semuanya seperti itu. Bagi orang perempuan, rupa yang elok ini hanya bonus sahaja tetapi yang lain itu lebih penting dan utama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen