Rupanya Anda Yang Toksik Dalam Hubungan, Patutlah Hubungan Selalu Tak Menjadi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah tentu anda salah seorang yang takut terlibat dengan hubungan toksik ini bukan? Mana tidaknya, hubungan seperti ini mampu memberi kesan pada emosi anda sendiri. Sampaikan, nak jalinkan hubungan baru pun dah tak percaya dah.

Bila bercakap mengenai hubungan toksik ini, kita akan beranggapan bahawa pasangan kita yang toksik sampaikan hubungan yang diangankan itu tidak berakhir dengan baik. Eh, tapi kalau hubungan kita sahaja yang selalu tidak menjadi, bagaimana mungkin si dia-si dia yang lalu yang sebenarnya toksik.



Tanpa disedari ramai orang, kadang kala diri sendiri adalah punca mengapa hubungan itu menjadi toksik sehingga berlakunya perpisahan. Biasanya, mereka yang toksik ini suka play victim agar tidak terlalu ketara pula kesalahan yang mereka lakukan.

Haaa... nak tahu anda ini toksik ke tidak? Mari lihat tanda ini.

1. Anda selalu tidak suka dengan cara mereka

Apa yang dia lakukan semuanya tidak kena pada mata anda. Walaupun hal itu hanya perkara yang kecil tetapi tetap sahaja salah di mata anda. Kalau boleh semua perkara yang dia lakukan perlu sesuai dengan cara anda dan memuaskan hati anda. Kiranya semuanya kena dengar kata anda, jangan bertindak sesuka hati.



2. Bila anda mahu anda cari, bila tak nak anda tak peduli

Ini adalah sikap yang paling jelas sekali. Sejenis orang yang bila seronok dan gembira hilang tapi bila sunyi baru muncul semula. Jika anda berkelakuan ini, dan YA anda adalah orang yang toksik dalam hubungan. Perlu diingatkan, pasangan ini bukan tempat hilangkan sunyi sahaja.

3. Anda lepas tangan bila si dia memerlukan

Salah satu kegunaan pasangan ini adalah membantu dalam menjadi pendengar yang baik serta memberi semangat saat dirinya perlukan dorongan. Akan tetapi, bila mana si dia dalam masalah anda hanya buat tak tahu sahaja, anda bukan pasangan yang baik. Eh, tapi bila bab bahagia nak kongsi bersama pula.



4. Lebih banyak kritik dari membantu

Suka kritik pasangan dalam semua aspek, walaupun penampilan dan gerak gerinya? Anda ini sukar nak terima keperibadian seseorang dengan mudah tanpa mengubahnya. Jika anda lakukan ini, tentu sahaja pasangan rasa lebih down dan hilang keyakinan. Anda sepatutnya membantu dia menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelum dia kenal anda.

5. Semua ikut kepala angin anda

Kalau anda ini sejenis yang selalu nak menang anda sahaja dan tidak boleh bertolak ansur, tindakan anda itu tadi telah melukakan ramai orang. Sikap seperti inilah yang membuatkan hubungan yang baik menjadi satu hubungan toksik.

Cuba lihat kembali, adakah sebab ini hubungan lalu tidak menjadi? Jika ini puncanya, maka berubah sebelum anda kehilangan yang baru pula.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen