5 Perkara Pelik Yang Lelaki Mahu Lihat Dari Wanita, No 1 Tu Memang Jadi Favourite Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Cuba bayangkan, kita punya level confident dah tahap paling tinggi, tup-tup kena reject dengan lelaki yang kita sukai itu. Rasa sedih dan kecewa sememangnya akan terasa di dalam hati. Itu belum lagi part dia siap beri komen apa yang dia rasa kurang pada diri kita ini. Aduh... lagi bertmabh-tambah kecewanya.

Sebagai seorang perempuan, sudah tentu anda sedaya upaya ingin tampil yakin dan juga memenuhi citarasa pasangan anda. Buat mereka yang bujang pula, tentu sahaja cuba untuk menarik perhatian si jejaka. Tapi, kadang kala anda sendiri tidak tahu apa yang mereka mahukan.

Bila anda berpenampilan seperti perempuan yang disukainya, dia kata pula tidak sesuai atau terlalu over buat dirinya. Jadi apa yang mereka mahukan?



Haaa... buat anda yang masih bingung tak tahu apa yang lelaki mahukan. Ini 5 perkara pelik yang lelaki mahu dari seorang wanita tetapi pada masa yang sama dia juga yang kata tidak sesuai. Jom lihat.

1. Kecantikan semulajadi

Percaya atau tidak yang lelaki lebih suka neutral beauty. Kulit wajah tanpa cela tetapi pada masa yang sama semuanya kelihatan sempurna di mata mereka. Biasanya bila kata kecantikan semulajadi ini, mereka akan anggap bahawa wanita tersebut tidak memakai alat solek, tapi bila pasangannya memakai alat solek terus sahaja dicop tidak cantik dan makeup terlalu tebal. Sedangkan, wanita-wanita lain yang dipandangnya itu pun pakai makeup juga.



2. Mempunyai bentuk badan yang sempurna

Tidak gemok mahupun tidak kurus, itulah bentuk badan ideal yang disukai lelaki. Namun begitu, tidak semua wanita mampu memiliki bentuk badan ideal seperti yang mereka mahukan. Sudah menjadi lumrah ada yang agak berisi dan juga kurus, jadi kenapa nak mempersoalkannya pula.

3. Tertarik dengan mereka yang memakai baju warna merah

Merah sememangnya lambang keberanian, tetapi tidak semua orang sesuai mengenakan warna ini. Jadinya, jangan sentiasa mengharapkan seorang wanita hadir dengan memakai baju merah disaat-saat tertentu. Boleh jadi mereka ini terlalu banyak berimaginasi. Ini kerana mereka lelaki selalu beranggapan bahawa wanita dengan pakaian berwarna merah lebih menarik dan mempunyai daya tarikan yang tinggi.



4. Mempunyai attitude yang baik

Kadang kala, lelaki ini terlalu cepat judge seseorang walaupun dengan sekali pandang sahaja. Walaupun anda berkelakuan baik tetapi bila mana penampilan anda tidak seperti yang dia rasakan maka dia akan anggap anda sebaliknya. Sepatutnya, mereka perlu kenal anda dahulu, kemudian baru boleh anggap anda anda ini baik atau sebaliknya.

5. Bercakap dengan nada yang agak tinggi

Sebagai seorang wanita, nada yang rendah itu menunjukkan bahawa kita ini seorang yang sopan santun dan menghormati orang lain. Akan tetapi berlainan pula pada orang lelaki ini, mereka beranggapan bahawa suara yang lebih tinggi menandakan kecergasan reproduksi, kewanitaan, dan saiz badan yang lebih kecil.

Menurut anda bagaimana? Pelik bukan kemahuan mereka ini.

Namun begitu, itu pun bergantung pada seseorang individu juga. Tidak semuanya seperti ini, jadi jangan cepat jatuhkan hukum pula.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen