Bosan Saat Ini, Tak Tahu Nak Buat Apa? Orang Bujang Patut Cuba Nombor 6 Itu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada lebih kurang seminggu lagi perintah kawalan pergerakan (PKP) ini. Sudah tentu masing-masing saat ini sudah mula gelisah dan agak tertekan kerana terpaksa duduk di rumah selama hampir sebulan. Mana tidaknya, sebelum ini kita semua bebas nak ke mana sahaja, tapi tiba-tiba semua ini berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Ada sebarang kemungkinan akan berlaku mengenai PKP ini, sama ada ia akan disambung atau tidak ramai yang masih tertunggu-tunggu akan pengumuman itu nanti. Namun begitu, boleh dijangka jika keadaan masih lagi sama seperti ini tentu sahaja PKP ini akan teruskan.

Namun begitu, jangan bersedih atau tertekan, ini semua demi kebaikan kita bersama. Doa sahaja yang baik-baik agar segalanya akan hilang dengan segera.

Haa... buat anda yang tidak tahu nak buat apa dekat rumah. Nak-nak mereka yang bujang itu, tentu banyak habiskan masa dengan bermain media sosial atau game sahaja. Jangan terlalu lama mengadap perkara itu, rosak mata nanti. Cuba lakukan aktiviti yang berfaedah sedikit.



Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah;

1. Ubah suai perabot, supaya dapat new look



Kalau selama ini tiada masa nak ubah suai perabot, kali ini gunakan masa yang terluang ini sebaik mungkin. Hias-hiaslah sedikit bilir tidur atau rumah anda itu. Kalau rasa perlu cat, boleh cat. Nak beli mana cat? Online kan ada.

2. Belajar masak-masak



Sangat untuk yang sempat pulang bersama ibu bapa hari itu, masa terluang ini boleh lah anda belajar masak-masak. Ambil segala ilmu dari mak anda. Buat yang bersendirian, jangan kecewa anda juga boleh belajar memasak. Buka sahaja Google, segala resepi ada. Mudah kan?

3. Home spa



Kalau sebelum ini tiada masa nak jaga badan anda, kini tiba masanya anda luangkan masa untuk diri anda. Orang kata saat inilah nak manja-manjakan diri. Sesekali scrub badan dan mask di wajah, tentu terasa segarnya.

4. Baca buku



Ada banyak buku yang ada tidak sempat baca dan habiskan, masa inilah anda habiskan baca dan marathon segala buku yang ada sekadar beli sahaja. Sangat untung baca buku ini, boleh asah minda menjadi lebih tajam.

5. Call kawan dan keluarga



Buat yang duduk di rumah bujang, tentu anda rasa kesunyian dan perlukan teman bukan. Gunakan masa anda untuk call atau video call orang disekeliling anda. Bual sahaja semua perkara yang anda rasakan perlu. Walaupun berjauhan tapi boleh juga eratkan hubungan.

6. Carilah jodoh!



Tunggu apa lagi, kalau dah bujang dan perlukan teman carilah jodoh. Jangan sia-siakan masa ini, anda boleh gunakan untuk fokus pikat si dia. Tak tahu nak cari dekat mana jodoh? Baituljannah kan ada.

Selamat nikmati PKP anda!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen