Siapa Yang Patut Belanja Saat Pertemuan Pertama? Lelaki Atau Wanita?

Oleh: Zuzu Yasmine

Pertemuan pertama adalah saat yang paling mendebarkan oleh mereka yang baru sahaja berkenalan. Nak memilih lokasi perjumpaan yang sesuai serta memikirkan perbualan yang sesuai juga adalah salah satu punca ia menjadi sangat membimbangkan. Mana tidaknya, saat ini hati si dia sangat perlu dijaga untuk membolehkan perjumpaan seterusnya.

Ada orang yang memilih untuk berjumpa dan berbual kosong di tempat makan, ada juga yang memilih untuk menonton wayang bersama malah ada juga yang memilih untuk berjalan sahaja di taman. Apa pun pilihan anda tentu ada sebab yang tertentu dan anda merasakan itu adalah pilihan terbaik.



Namun begitu, jika disetiap pertemuan itu perlu keluarkan wang belanja, wang siapa yang patut digunakan? Adakah lelaki atau perempuan? Ataupun bayar asing-asing?

Lelaki utamakan dahulu

Untuk kelihatan seperti seorang yang bertanggungjawab, biasanya lelaki akan menggunakan wang mereka. Dimana, dia akan berbelanja setiap perkara yang perlu pembayaran. Baik makan, tonton wayang ataupun perkara-perkara yang kecil. Ini kerana, mereka ingin beri satu tanggapan yang baik untuk kali pertama.

Jika lelaki bertindak seperti ini, peluang untuk berjumpa buat kali kedua kemungkinan tinggi. Ini kerana, seorang wanita mungkin ingin belanja anda semula ataupun dirinya melihat anda begitu bersungguh dengannya.



Tak salah kalau nak bayar asing-asing

Tapi ada juga yang saat pertama kali berjumpa membuat pilihan untuk membayar secara berasingan. Jika berlaku situasi ini, biasanya tidak akan ada perjumpaan untuk kali kedua. Ini kerana, salah seorang kemungkinan hilang minat terhadap pasangan yang dijumpainya.

Membuat pilihan untuk membayar berasingan adalah kerana tidak mahu terhutang budi atau tersangkut apa-apa. Jadi, jika tidak memilih untuk berjumpa lagi ini adalah pilihan yang sesuai buat kalian.



Kalau wanita yang bayar?

Jika wanita yang melakukan pembayaran, sudah tentulah perjumpaan ini terjadi disebabkan ajakkan olehnya. Maka dengan itu dia berasa tanggungjawab untuk membayar semua perkara. Namun begitu, sebagai lelaki sanggup ke anda membiarkan wanita membayar segala makanan dan perbelanjaan lain? Tak takut wanita memberi tanggapan negatif kepada anda?

Jadi, menurut anda siapa yang perlu bayar?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen