Tiada Perkahwinan Yang Begitu Sempurna, Tiada Masalah. Jangan Takut Nak Berdepan Dengan Perkahwinan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang masih bujang kerana mengimpikan pasangan yang begitu sempurna. Ya, sempurna di matanya. Nak-nak lagi, bila si bujang ini sering kali dimomokkan akan perkara-perkara yang menyeramkan alam rumahtangga, tentu sahaja membuatkan mereka berfikir dua tiga kali sebelum membuat keputusan nak berkahwin.

Ada rakan-rakan yang sudah berkahwin akan kata itu ini. Ada pula berita-berita penderaan rumahtangga dipaparkan di media sosial. Jadinya, mereka beranggapan bahawa memilih seseorang yang dia yakin sempurna akan mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.



Bukan semua rumahtangga akan berdepan dengan perkara ini, bahkan bukan semua rumahtangga ini tidak bahagia. Untuk mempunyai rumahtangga yang begitu sempurna adalah mustahil tetapi, untuk bahagia dan susah senang bersama itu tidak mustahil.



Jangan takut kahwin hanya kerana;

1. Anda memandang indah sebuah perkahwinan sahaja. Anda perlu tahu dalam setiap perkara dan liku rumahtangga itu adalah warna yang menyerikan lagi rumahtangga anda. Jangan mencari yang sempurna dengan harapan semuanya akan sempurna, tetapi cari yang akan lakukan semua kelihatan sempurna.

2. Berharap terlalu tinggi dalam perkahwinan ini sebenarnya akan menakutkan diri sendiri. Jangan harap itu atau ini, tetapi percayalah bahawa Allah s.w.t telah mengatur sebaiknya untuk anda. Bahagia atau tidak, itu boleh sama-sama perbaiki. Yang penting pahala yang anda dapat selepas mendirikan rumahtangga.

3. Hidup ini semuanya realiti, tiada yang fantasi seperti drama pukul 7 atau novel cinta. Apa yang anda harapkan atau angankan itu tak mustahil berlaku, cuma caranya berbeza sahaja. Jadi hadapi kenyataan, jangan banyak sangat berangan.

4. Selagi anda tidak cuba untuk berada dalam rumahtangga itu sendiri, selagi itulah anda tidak tahu nikmat dan kebahagiannya. Ada tidak tahu apa yang dirasai pasangan suami isteri yang lain. Walaupun di mulut mereka menyatakan sebaliknya, tetapi sudah tentu mereka bahagia bersama yang tersayang.

5. Setiap yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya. Jika mendapat teman hidup yang baik maka sentiasa bersyukur denganNya. Jika sebaliknya, sudah tentu ia ujian untuk memudahkan anda ke syurgaNya. Jadi lalui dan nikmatinya. Allah tahu yang terbaik buat anda.

Jangan angankan rumahtangga yang sempurna, tapi sama-sama dengan pasangan untuk bina kesempurnaan itu.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen