"Nafkah Untuk isteri Tak Termasuk Keperluan Barang Dapur..." Suami-Suami Kena Jelas Bab Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bab nafkah dan juga wang belanja ini masih lagi menjadi satu topik perbualan hangat dalam ilmu rumahtangga. Baik, yang sudah berkahwin atau belum, tentu masing-masing ingin kekalkan dengan pendirian mereka mengenai nafkah dan juga wang belanja ini.

Sebagai seorang suami yang juga merupakan pemberi nafkah, anda perlu jelas dan tahu akan perkara ini. Bukan ikut apa yang orang lain kata atau apa yang anda rasakan tetapi apa yang agama katakan. 

Nafkah dan wang belanja ini adalah dua perkara yang berlainan. Nafkah ini bukan beri pelindungan, makan pakai, zahir atau batin sahaja. Nafkah adalah wang yang anda berikan kepada isteri adalah haknya untuk beli apa yang dia sukai.



Seperti penjelasan mudah Peguam Syarie dan asatizah ini, suami-suami kena jelas dan faham. Anda akan disoal diakhirat kelak mengenai perkara ini.

Para suami kena ingat. Wajib tahu. Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur. Nafkah untuk isteri kena declared betul-betul clear.

"Abang bagi RM100 ni untuk nafkah sayang. Ni lagi RM200 untuk sayang beli barang dapur ya."
Full stop.

NAFKAH isteri diberi tanpa syarat. RM100 tu si isteri nak beli apa pun, ikut suka dia lah. Dia nak simpan, nak beli apa-apa. Itu hak dia.
Ini baru betul. Cukup nasihatkan isteri, jangan buat benda tak baik.



Yang silapnya sekarang, bila wujud suami yang tak hulur duit belanja sebab? Sebab dia kata "Aku dah beli barang segala cukup semua dalam rumah. Makan pakai cukup. Cukup nafkah kamu."

Silap.
Silap besar.

Bulan demi bulan si suami kata "Bilaaaa la aku nak senang. Tiap bulan tak cukup. Aduhai."

Sebab apa tak cukup?
Sebab dengan isteri kamu beri nafkah bersyarat.

Isteri bekerja dan ada duit sendiri?
Duit isteri, hak isteri.
Takkan membatalkan syarat wajib nafkah tersebut.



Pernah nampak orang miskin tapi hidup mereka sekeluarga penuh senyuman dan mesra?

"Sayang, ni abang bagi RM40 untuk nafkah sayang bulan ni ya. Minta maaf sikit ja abang bagi."....

si isteri pun jawab, "Terima kasih abang! Sayang dah lama teringin nak beli minyak wangi ESHAL tu. Sayang beli tau."...

Si suami pun balas, "Beli la sayang. Doakan rezeki abang banyak ya. Dapat belikan satu botol lagi untuk sayang nanti."...

....Mereka sama-sama sebut "Amiin"

Seorang isteri tidak selalu menghabiskan duit suaminya 🥰

Inilah hak isteri terhadap nafkah yang wajib diberi suami:

📍Makan minum isteri, duit belanja dapur dan bil

📍Duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas seorang isteri adalah sebanyak RM3,00 setahun. Maka, ia bererti RM250 sebulan. Ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami)

📍Rumah yang selesa (untuk tinggal dengan aman dan memudahkan isteri membuka auratnya, tanpa individu bukan muhrim)

📍Ubat-ubatan

📍Pakaian baru 2 persalinan setahun (termasuklah pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll

🤗 Dapat sesuatu?

Tuntutannya bukan pada nilai besar atau kecil.

Tapi kefahaman dan ilmu tentang nafkah..



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen