Terima kasih semua! Baituljannah disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2020. Alhamdulillah!

Oleh:

Assalammualaikum wrt wbt. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengguna Baituljannah.com yang sentiasa menyokong Baituljannah.com sejak mula dilancarkan. Dengan ini, kami ingin berkongsi berita gembira bersama saudara-saudara dan saudara-saudari sekalian bahawa pihak majalah Forbes telah mengumumkan secara rasminya bahawa Baituljannah.com telah disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2020 bagi kategori Consumer Technology.

Alhamdulillah. Sebuah syarikat yang diusahakan oleh hanya 3 orang anak muda muslim, bermula dengan hanya bermodalkan iltizam dan istiqamah walau tanpa sebarang suntikan bantuan kapital kini sudah diiktiraf oleh Forbes membawa nama Malaysia di persada dunia.

Buat pengetahuan saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian, terdapat lebih 3,500 pencalonan dari seluruh Asia yang dihakimi oleh para juri berpengalaman dan diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi menentukan siapakah yang layak untuk disenaraipendekkan dalam senarai yang berprestij ini. Kesemua syarikat dan individu yang tersenarai adalah dari serata Asia, dan amatlah berbesar hati kami apabila Baituljannah.com turut disenaraipendekkan dalam senarai berprestij ini.

Secara statistiknya di Malaysia sekarang ini, 1 orang dalam setiap 18 orang muslim berumur 20 tahun ke atas yang belum berkahwin telah pun mempunyai profil di Baituljannah.com. Secara nisbahnya ialah 1:18 orang. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 500,000 orang calon muslim dari Malaysia, Singapura dan Brunei yang sudah mempunyai profil di platform cari jodoh muslim Baituljannah.com.

Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana lebih daripada 13,000 pasangan yang sudah berkenalan di Baituljannah.com kini sedang dalam proses menuju ke arah perkahwinan dan lebih daripada 2,500 pasangan pula sudah berjaya melangsungkan perkahwinan.

Berikut adalah URL ke halaman Forbes bagi melihat senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2020 bagi kategori Consumer Technology.
https://www.forbes.com/30-under-30/2020/asia/consumer-technology

Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima atas sokongan yang telah diberikan selama ini. Mohon doa dari kalian agar Baituljannah terus berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna pada masa akan datang. Terima kasih. Jazakumullah khairan kathira.

Yang ikhlas,
Team Baituljannah.com

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen