Tak Ramai Yang Sanggup Susah Senang Bersama, Tapi Ini 5 Ciri Wanita Yang Sanggup Susah Senang Bersama Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mencari pasangan yang sanggup susah senang bersama dengan anda bukanlah satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi pada masa ini, ramai yang memandang pangkat dan harta terlebih dahulu kemudian barulah hati budi masing-masing. Ini kerana, ramai yang inginkan hidup yang selesa pada masa akan datang dan tidak mahu mengambil risiko.

Tapi jangan cepat salah sangka, ada sahaja seseorang yang sanggup susah senang bersama anda. Dia itulah yang akan setia di sisi anda malah akan menerima anda seadanya anda. Nak tahu bagaimana orang itu?



Sentiasa menyokong anda dalam apa jua keadaan

Saat susah atau senang anda, dia akan sentiasa beri sokongan dan galakan. Malah, dia sentiasa beri kata-kata semangat buat anda agar anda terus yakin dengan apa yang anda lakukan. Dia tidak akan mengeluh walaupun anda dalam keadaan yang sangat genting.



Bersedia untuk berkorban buat anda

Dirinya tidak seperti pasangan lain, dia ini lebih unik. Dia sanggup berkorban untuk anda walaupun dia masih tidak jelas apa yang akan berlaku kelak. Jika anda memerlukan wang, dia akan berikan kepada anda dahulu. Malah, jika orang lain menaiki kereta mewah, dia tidak kisah pun terpaksa menaiki motosikal bersama anda.

Dia sentiasa di sisi, tidak pernah memaksa atau merunggut

Walaupun anda dalam keadaan yang susah, dia tidak pernah merunggut ataupun mendesak anda untuk menjadi lebih baik. Dia cuba memahami anda sambil beri kata-kata semangat buat diri anda. Dia sentiasa mahu yang terbaik buat anda dan dia faham bahawa setiap perkara memerlukan masa.



Tidak minta barang yang mewah tapi cukup jika anda tahu menghargainya

Jika pasangan lain mahukan barangan yang mewah sebagai hadiah atau pelbagai kejutan, tapi dirinya tidak sebegitu. Dia hanya mahu menikmati masanya bersama anda dan sentiasa anda mahu anda hargai dirinya. Bukan dengan wang ringgit tetapi dengan masa yang kalian luangkan bersama.

Sabar dan sentiasa sabar dengan segala ujian mendatang

Tidak pernah mengeluh atau merunggut, dia sentiasa sabar dengan apa jua yang mendatang. Walaupun berkali-kali anda gagal, tetapi dia masih setia di sisi anda dan sabar dengan apa jua yang berlaku. Dia tahu setiap kejayaan bermula dengan kegagalan.

Jika anda bertemu dengan seseorang seperti ini, hargai dirinya. Jangan pernah sesekali mengabaikannya. Ini kerana, bukan mudah nak jumpa seseorang yang sanggup susah senang bersama serta terima anda seadanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen