Ketika PKP Ini, Ramai Pasangan Saling Merindu Mula Bertengkar. Ini Tips Baiki Hubungan Selepas Salah Faham.

Oleh: Zuzu Yasmine

Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan ini tentu ramai pasangan yang berdepan dengan masalah salah faham ataupun sengaja mencari salah. Kalau pasangan yang alami PJJ tentu sudah biasa dengan keadaan seperti ini, tapi buat yang tidak PJJ tentu rasa macam resah gelisah bila tidak berjumpa.

Eh, tapi suami isteri yang serumah pun kadang kala boleh salah faham dan bertengkar juga. Akan ada yang sengaja cari masalah ataupun tanpa sengaja timbulkan masalah. Tapi, masing-masing kena jaga emosi masing-masing saat ini.

Bila bergaduh, salah faham dan bertengkar ini tentunya masing-masing akan ikut ego mereka yang tersendiri. Yang sorang tak nak kalah, yang sorang malas layan. Itulah yang terjadi sehingga membawa perkara yang kecil melarat menjadi besar.



Jadi macam mana cara untuk kembali berdamai selepas bertengkar? Jom ikut tips ini.

1. Tenangkan diri anda

Yang paling penting sudah tentu anda perlu tenangkan diri anda terlebih dahulu. Jika anda tidak lakukan ini, sampai bila pun kalian akan bermasam muka. Jadi, beri masa pada diri sendiri dan juga pasangan untuk bertenang sebelum cuba untuk saling berkomunikasi semula.



2. Nilaikan semula apa yang berlaku

Tak lupa juga, nilai dan fikirkan semula apa yang telah berlaku. Adakah wajar anda berkelakukan seperti itu? Ataupun fikirkan kata-kata yang telah anda lontarkan kepadanya. Ketika marah semua boleh terkeluar, tapi fikir juga perasaan pasangan anda.

3. Cuba berkomunikasi semula

Bila dah tenang dan rasa diri anda yang berlebihan, cuba untuk berkomunikasi semula dengan pasangan anda. Gunakan nada memujuk agar masing-masing tidak naik angin kembali. Kalau boleh pada waktu ini, jangan ungkit pun pergaduhan yang berlaku itu. Abaikan dahulu sehingga keadaan reda sedikit.



4. Dengar penjelasan pasangan

Selepas dah reda, jangan lupa untuk minta penjelasan dari pasangan. Anda perlu tahu kisah sebenarnya, bahkan penjelasan dari kedua-dua pihak penting untuk pastikan tiada salah faham yang timbul lagi. Masa ini kawal emosi anda, jangan tak terima pula segala apa yang pasangan katakan.

5. Timbulkan suasana romantik

Eh, jangan lupa untuk meminta maaf dengan pasangan anda, ataupun kalian boleh sama-sama meminta maaf antara satu sama lain. Selepas itu, timbulkan suasan yang sedikit romantik agar masing-masing lupa akan perkara yang telah berlaku.

Selepas bertengkar jangan simpan dalam hati, nanti makin lama ia makin menyakiti hati sendiri. Lupakan dan tenang dengan semua perkara. Nak-nak lagi saat ini, memang semua orang sedang tertekan pun.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen