Bila Dah Kahwin Selalu Peluk Pasangan Dari Belakang, Terus Rasa Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Untungnya buat pasangan dah berkahwin ini. Buat itu ini terus sahaja rasa bahagia. Itu belum lagi ditambah dengan mendapat pahala. Memang mudah betul nak merasai dua perkara ini.

Ada pelbagai jenis pelukan yang kita tahu, antaranya pelukan saling menatap wajah masing-masing, tapi ada satu jenis pelukan ini kalau diberikan pada pasangan kedua-duanya akan terus nyaman dan tenang. Pelukan dari belakang ini dikatakan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Memetik dari laporan stylecraze.com, pelukan dari belakang ini biasanya dapat berikan kejutan yang lebih manis pada pasangan. Bukan semua orang yang boleh melakukan perkara ini, tetapi pasangan sudah tentu keunikan yang lebih.



Pelukan seperti ini mungkin nama sama sahaja seperti pelukan lain, tapi dia punya keunikan hanya akan dirasai oleh pasangan itu sendiri apabila menerimanya secara tiba-tiba.

1. Pelukan ini sampaikan rasa rindu

Pelukan dari belakang ini boleh jadi cara untuk anda sampaikan rasa rindu pada pasangan anda. Apabila sudah lama tidak berjumpa ataupun ada rasa rindu yang tidak mampu diluahkan, pelukan ini mampu berikan pasangan rasai rasa rindu tersebut. Tak perlu menggunakan kata-kata, pelukan ini akan beri makna tersendiri buat kalian.



2. Pelukan sampaikan rasa terima kasih

Ketika kita memeluk pasangan dari belakang, kita biasanya juga mengucapkan terima kasih kepadanya. Terima kasih kerana dia sentiasa ada untuk kita. Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan. Pasangan kita akan merasa lebih dihargai.



3. Timbulkan keselesaan antara kalian

Apabila mood pasangan tidak baik, kadang-kadang mereka tidak mahu didekati. Tetapi pelukan dari belakang boleh menjadi satu sikap yang boleh dilakukan untuk memecahkan ais. Pelukan ini kelihatan sederhana tetapi dapat mewujudkan rasa selesa dalam dirinya.

4. Kekalkan kemesraan

Seperti disebutkan sebelumnya, pelukan dari belakang hanya terjadi pada orang yang sudah saling mengenali dan saling berdekatan. Pelukan ini juga dapat menjadi salah satu "media" untuk menjaga kedekatan tanpa terlalu ketat. Terdapat keakraban itu sendiri yang dapat terbentuk dari pelukan ini.

Sekali sekala beri pasangan anda rasa pula pelukan seperti ini, tentu kemesraan dan keakraban kalian akan semakin bertambah.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen