Nikmati Manisnya Waktu Single Sebaik Mungkin. Jodoh Sedang Sabar Menanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

“Masih tak ada pasangan lagi?”

“Bila nak kahwin?”

“Memilih sangat ke?”

Soalan-soalan seperti ini tentu sahaja terpaksa anda berdepan bila berbual dengan rakan-rakan lama ataupun dengan makcik pakcik yang sudah lama anda tidak jumpa. Nak-nak lagi kalau jadi raya tahun ini, soalan seperti ini tentu mendebarkan buat anda bukan.

Kadang kala bila tidak tahu nak beri jawapan apa, sampaikan anda hanya mampu berikan senyuman yang tawar sahaja. Dia punya pahit itu terpaksa ditelan sahaja.



Tapi apa-apa pun, jangan bimbang dan sedih. Jodoh anda pasti sedang OTW mencari anda. Cuba masih sesat lagi pada ketika ini. Bawak besabar dan nikmati zaman bujang anda.

“Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang”

(Surah al-Imran, ayat 54)

Ketika ini, anda boleh memilih calon yang sesuai dengan anda

Masa ini, anda boleh membuat pilihan pasangan hidup dengan lebih berhati-hati. Anda boleh listkan beberapa calon dan lihat bagaimana mereka ini. Anda bebas dan tidak terikat dengan sesiapa pun, jadi anda boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Saat masa single inilah anda perlu gunakan sebaik mungkin untuk memilih pasangan hidup.



Luangkan masa buat ibu bapa dan keluarga

Bila dah kahwin nanti, masing-masing akan sibuk dengan pasangan sendiri, dan anak-anak. Masa untuk keluarga akan semakin kurang. Jadinya, bila anda luangkan masa bersama sekarang ini sebanyak mungkin anda akan lebih menghargai keluarga anda. Bahkan, bila dah kahwin nanti anda tahu bahawa keluarga itu lebih bernilai dari segalanya.

Nikmati masa bersama rakan-rakan

Banyak pasangan yang dah kahwin mempunyai keinginan untuk menikmati masa bersama rakan-rakannya, tapi disebabkan komitmen dengan keluarga, anak dan pasangan, hajat seperti ini selalu terbatal. Jadinya, gunakan masa ini untuk anda nikmati bersama rakan-rakan anda, lepak sepuasnya. Bila dah kahwin nanti boleh fokus pada keluarga sahaja.



Habiskan masa untuk diri sendiri

Manfaat pertama yang akan anda peroleh ketika anda masih bujang adalah mempunyai banyak masa untuk mencintai diri sendiri. Sudah tentu, peluang seperti ini sukar diperoleh apabila anda sudah mempunyai pasangan, misalnya, kerana anda juga mesti memikirkan pasangan anda.

Jangan terlalu sedih saat jodoh masih belum tiba. Teruskan usaha mencari, anda sudah semakin hampir dengannya!




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen