Jangan Terlalu Lama Bersedih, Anda Juga Berhak Bahagia!

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa sedih dalam hidup itu adalah perkara biasa yang dilalui oleh sesiapa pun. Dalam hari-hari yang berlalu tidak semestinya gembira sentiasa, kadang kala akan ada perasaan sedih datang tidak terduga, itu perkara normal yang dialami setiap orang.

Nak-nak lagi saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada yang tidak dapat pulang ke kampung saat Ramadhan tiba nanti, ada juga yang duduk seorang diri di rumah bujang dan tidak ketinggalan ada juga yang berdepan dengan masalah perhubungan pada ketika ini. Semua perkara ini mendatangkan rasa sedih secara tiba-tiba.

Walaupun apa jua keadaan, merasai kesedihan yang terlalu lama adalah sangat tidak elok untuk kesihatan diri anda. Ada juga yang memendam dan memilih untuk tidak meluahkannya, kerana tidak mahu membuat orang lain bimbang tapi itu bukan satu tindakan yang bagus.



Apa yang berlaku pada anda jika terlalu lama merasa kesedihan?

1. Hidup terasa memikul beban yang berat

Setiap manusia ada kemampuan mereka yang tersendiri, jika anda memendam semua kesedihan anda seorang diri ia akan menjadi satu beban dalam diri anda. Ketahuilah kesedihan itu boleh dihilangkan dan dirawat dengan sebaiknya jika anda tidak hanya memendamnya seorang diri. Jangan pikul seorang diri tetapi bertindak untuk melupakan kesedihan itu.



2. Membuat anda rasa putus asa

Walau apa pun punca kesedihan itu, jangan merasakan bahawa segalanya telah berakhir. Ini kerana, bila anda putus asa akan perkara tersebut, dia akan membuatkan anda lebih buruk dan teruk lagi. Berputus asa adalah langkah yang tidak patut anda lakukan. Percaya bahawa semuanya akan selesai dan kembali sedia kala.

3. Mula berfikir negatif

Kesedihan yang dibiarkan lebih lama boleh menjadi pemikiran negatif dalam diri. Terdapat tekanan dalaman yang membuat hati anda gelisah dan penuh rasa bersalah. Bermula dari menjadi serba salah pada diri sendiri dan tidak melibatkannya kepada orang lain. Masalah dianggap sebagai sesuatu yang sangat menyusahkan diri sendiri.



4. Hilang kepercayaan diri

Kesedihan secara bersendirian menjadikan anda lebih tertutup dengan kehadiran orang lain di sekitar anda. Sama ada anda menyedarinya atau tidak, anda mencipta halangan bagi orang lain untuk mengenali anda. Oleh itu, mereka akan mengalami kesukaran untuk mengetahui hakikat bahawa anda menghadapi masalah. Anda membuat orang lain kehilangan peluang untuk memahami anda.

5. Boleh hilang kawalan

Anda boleh hilang kawalan diri dan melakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti atau merosakkan mental dan fizikal anda. Jadi, berkongsi masalah dengan orang yang tepat, itulah jalan penyelesaiannya. Berkongsi bukan membebankan orang lain, tetapi membagikannya untuk meringankan beban anda dan menghargai kewujudan orang lain yang boleh dipercayai dalam hidup anda.

Jika saat ini anda merasai semua perkara ini, jangan simpan sahaja. Mula cari rakan-rakan atau ahli keluarga untuk luahkan kebimbangan dan kesedihan anda. Tidak perlu jumpa, cukup jika kalian saling video call setiap hari. Paling tidak, tentu anda rasa mempunyai rakan di sisi anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen