Panduan Amalan Sunat, Harus & Makruh Di Bulan Ramadhan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bulan puasa adalah bulan yang sangat dinanti-nanti oleh umat Islam. Saat inilah ramai yang berkejar-kejar dan berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran pahala yang melimpah ruah. Walaupun hadirnya setahun sekali tetapi ia sangat dinanti-nanti oleh semua muslimin.

Umat Islam diwajibkan berpuasa sebagai tuntutan salah satu Rukun Islam. Puasa dari segi Fekah bermaksud meninggalkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Antara fadhilat Ramadhan seperti yang terdapat dalam hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah.



Dalam hadis di atas ada diterangkan beberapa kelebihan bulan Ramadhan antaranya:

Dibuka pintu syurga untuk menerima semua amalan soleh yang dilakukan

• Ditutup pintu neraka kerana sedikitnya maksiat yang dilakukan pada bulan ini

Puasa juga mendidik diri untuk lebih ikhlas dan sabar.



Rukun puasa

Terdapat 3 rukun puasa iaitu:

1. Orang yang berpuasa

• Orang yang berpuasa itu hendaklah muslim, baligh, berakal, dan bersih dari haid dan nifas
• Puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik sejak kecil
• Puasa tidak wajib kepada orang yang terlalu tua / sakit yang apabila puasa boleh memudharatkan mereka. Namun wajib diganti dengan secupak makan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.

2. Niat

• Puasa Ramadhan tidak sah tanpa niat
• Niat mestilah di dalam hati dan wajib menentukan jenis puasa contohnya puasa di bulan Ramadhan ketika berniat

3. Meninggalkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa

• Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja termasuk makan dan minum
• Muntah dengan sengaja
• Keluar darah haid / nifas walaupun di hujung waktu puasa dikira membatalkan puasa
• Keluar air mani dengan sengaja
• Jimak (bersetubuh)
• Murtad
• Gila / pengsan sepanjang hari

Amalan sunat bulan ramadhan

Berikut antara amalan sunat di bulan Ramadhan yang anda boleh amalkan sepanjang bulan puasa ini. Antaranya:

Bersahur

Bersahur dan mengakhirnya sahur antara amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” (HR. Bukhari)

Waktu bersahur bermula dari pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan agar kita mengakhirkan waktu sahur sepertimana dalam hadis:

Seseorang itu dikira telah bersahur walaupun hanya minum seteguk air.

Mempercepatkan waktu berbuka

Antara amalan sunat lain di bulan Ramadhan ialah mempercepatkan waktu berbuka sebaik terbenam matahari.
Seperti Sabda Rasulullah SAW:

“Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa.” (HR. Bukhari & Muslim)

Dan disunatkan juga berbuka dengan tamar / kurma. Jika tiada bolehlah berbuka dengan air.

Memperbanyakkan doa & iktikaf

Doa orang yang berpuasa adalah mustajab kerana orang berpuasa kerana Allah mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa di sisi Allah SWT.

Dan disunatkan beriktikaf terumata di 10 malam terakhir.

Bersedekah / memberi makan orang berbuka

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)

Menghidupkan 2/3 malam

Bulan Ramadan merupakan bulan yang di dalamnya terdapat malam Lailatur Qadar.

Pada malam tersebut, segala amalan kita dilipat gandakan sebanyak 1,000 bulan.



Perkara Harus ketika puasa

Berikut adalah perkara yang harus ketika berpuasa, antaranya:

• Menjirus kepala
• Menitikkan sesuatu ke dalam mata
• Makan, minum, dan berjimat di malam hari
• Harus juga orang berpuasa termasuk wanita yang datang haid / nifas mengakhirkan mandi wajib
• Merasai makanan tanpa menelannya

Perkara Makruh ketika berpuasa

• Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan ketika mengambil wuduk
• Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut
• Makruh berus gigi selepas gelincir matahari

Selamat menjalani ibadah puasa semua.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen