Rasa seronok menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini sememangnya sangat dirasai oleh semua umat Islam. Masing-masing berlumba-lumba mengejar ganjaran pahala yang lebih banyak berbanding bulan yang lain.
Namun begitu, ada satu perkara yang kadang kala begitu mengganggu ibadah kita untuk berpuasa. Masalah yang selalu mengganggu buat mereka yang kurang gemar minum air kosong saat berpuasa ini akan mengakibatkan dehidrasi, dimana tubuh badan mengalami kekurangan air. Salah satu kesan akibat kekurangan air dalam tubuh badan ini adalah bibir yang kering dan pecah-pecah.
Perkara ini bukan sahaja dialami oleh orang perempuan sahaja tetapi ia juga dialami oleh orang lelaki. Anda pastinya tidak mahu diganggu keyakinan anda saat berpuasa hanya kerana masalah seremah ini. Jangan risau, ada beberapa cara untuk anda merawat bibir anda itu.
1. Minum air putih secukupnya
Minum air putih secukupnya untuk memastikan cairan dalam tubuh badan anda tetap stabil. Pengambilan air yang secukupnya membantu tubuh mendapat cairan yang berguna untuk menjaga kelembapan dan bibir kulit. Pengambilan air ketika berpuasa dapat dilakukan dengan meminum 3 gelas air ketika subuh, 3 gelas air ketika berbuka dan 2 gelas air sebelum tidur.
2. Pengambilan madu
Madu mempunyai khasiat sebagai pelembap, seperti pelembap bibir. Ini dapat dilakukan dengan memakan sebanyak 3 sudu madu ketika subuh dan menyapukan madu ke permukaan bibir sebelum tidur sebagai rawatan untuk melembapkan bibir dari luar.
![](https://d356b302hadbvc.cloudfront.net/media/media_post_0fff708880f2a58aff6ec07a20759515.jpg)
3. Ambil sayur dan buah buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah makanan yang kaya dengan mineral, vitamin, anti-oksidan, dan asid lemak penting yang berguna untuk melembapkan bibir dan kulit. Pengambilan sayur-sayuran dan buah boleh dilakukan semasa makan dan berbuka puasa.
4. Elakkan makan makanan pedas dan masin
Mengelakkan makanan pedas dan masin adalah usaha agar bibir tidak kering dan merekah. Ini kerana makan makanan pedas dapat mempercepat dehidrasi dalam badan sehingga bibir menjadi kering. Sementara makanan masin yang mengandungi banyak garam dapat menyerap pengambilan cecair di dalam badan. Oleh itu, pengambilan kedua-duanya sangat digalakkan untuk diminimumkan atau dielakkan.
![](https://d356b302hadbvc.cloudfront.net/media/media_post_5ddb24ff714b6d42f0689bfacc073fe5.jpg)
5. Jadikan gula sebagai scrub bibir
Untuk mendapatkan bibir yang licin dan kemerahan. Anda boleh melakukan ini dengan mengubah gula menjadi scrub bibir. Scrub bibir boleh dilakukan 2 kali, iaitu sebelum tidur (sebelum menyapukan madu di permukaan bibir) dan selepas subuh. Caranya sapukan gula ke permukaan bibir secara merata selama 5 minit, kemudian gosokkan dengan lembut sehingga bibir menjadi kemerahan. Selepas itu, bilas bibir dengan air bersih.
6. Menggunakan lipbalm atau minyak kelapa
Menggunakan lipbalm atau minyak kelapa adalah usaha untuk menjaga bibir daripada pendedahan UV. Menggunakan lipbalm atau minyak kelapa ketika melakukan aktiviti luar dapat mengekalkan kelembapan bibir sepanjang hari.
Itu adalah beberapa petua yang sering kali dikongsi dalam masyarakat kita. Lagipun, bibir yang merekah dan kering ini akan mengurangkan rasa confident kita, nak-nak lagi jika anda selalu bertemu orang dalam urusan seharian. Selamat mencuba!
Tinggalkan Komen