Berhenti Pilih Dia Sebagai Pasangan Hidup, Kalau Masih Ada 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Cinta itu memang buta, tetapi dalam memilih pasangan hidup jangan anda membutakan mata hanya kerana cinta anda. Amat rugi jika anda membutakan mata sehingga ke jinjang pelamin, kalau masa bercinta masih ada peluang lagi nak patah balik, bila dah kahwin makan hati hari-hari jawabnya.

Orang kata, masa bercinta kentut pun bau wangi, tapi anda pasti ke bahawa pasangan anda juga merasai bauan kentut yang wangi dari anda?

Hanya kerana anda sayang akan dirinya dan bimbang takut kehilangan dia, anda sanggup pekakkan telinga dan butakan mata setiap kesalahan yang menguris hati anda. Bagi anda, itu semua ragam percintaan dan dia akan berubah bila sudah berkahwin nanti.

Anda silap, jika sekarang ini sudah seperti ini, bila kahwin nanti boleh jadi lebih teruk lagi. Sebab itu dalam memilih pasangan hidup ini tidak sama seperti memilih pasangan untuk suka-suka atau bercinta.



Kesalahan yang bagaimana anda hanya akan tutup dan butakan mata anda hanya kerana “sayang”, berikut adalah contohnya.

1. Sikap acuh tak acuh pasangan

Ada sesetengah orang beranggapan bahawa sikap acuh tak acuh ini sememangnya sifat semulajadi dirinya. Berbeza sebenarnya anda boleh lihat layanan yang dia berikan anda pada orang lain. Kalau dengan orang lain dia boleh berikan layanan mesra, tapi pada anda sebagai pasangan tidak. Sudah tentu hubungan seperti ini jelas hanya sepihak saja.



2. Tak pernah kenalkan anda sebagai yang istimewa

Bila rakan-rakannya tanya, dia hanya jawab anda sebagai rakan. Malah bila keluarganya bertanya juga turut kenalkan anda sebagai rakan. Jika dia memperkenalkan anda bukan sebagai orang yang istimewa buat dirinya, tentu sahaja dia masih belum serius dengan anda. Entah-entah nak jaga hati orang lain.

3. Berbuat baik bila inginkan sesuatu

Bila dia perlukan sesuatu dari anda, barulah anda nampak layanannya yang baik. Mula beri perhatian dan beri layanan yang istimewa. Jika sudah dapat apa yang dia inginkan, batang hidungnya pun anda tidak nampak. Biasanya dia nak pinjam wang atau ingin anda belikan sesuatu untuknya. Kalau anda masih tak nampak yang anda dipergunakan, tidak tahu lah.



4. Membuka telefon anda tanpa meminta izin

Dia tidak bagi telefonnya anda buka atau gunakan, tetapi telefon anda pula dia sewenang-wenangnya guna dan periksa. Jika ini yang anda sedang hadapi, ketahuilah dia sedang sembunyikan sesuatu dari anda. Tidak kiralah dia sedang curang atau bermain mata dengan orang lain. Begitu juga dengan media sosial, dia gunakan alasan untuk saling berkongsi tapi dia punya tidak mahu kongsi password.

5. Berkali kantoi curang

Sudah berkali-kali kantoi dirinya curang di belakang anda pun masih nak kekal bersama dirinya? Buat apa nak bersama dengan orang yang tidak menghargai diri anda sedangkan masih ramai lagi yang baik di luar sana. Sekali dia curang, tak akan berhenti hanya untuk anda.

Nak cari suami atau isteri ini kena pilih berhati-hati, bukannya dengan pekakkan telinga dan butakan mata.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen