Rugi! Kalau Tak Berani Luahkan Perasaan Pada Si Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bab meluahkan perasaan terhadap orang yang anda sukai atau crush ini bukan mudah memangnya. Kena ada betul-betul keberanian barulah seseorang itu mampu luahkan perasaan yang tersimpan di dalam hati. Kalau ada orang seperti ini, memang beranilah dia tu.

Ramai yang memerhati dari jauh, letak harapan dia akan menyukai anda kembali ataupun berharap dia menjadi milik anda satu hari. Tapi kalau semua itu hanya simpan dalam hati, tentu si dia tidak tahu dan kalian tidak boleh bersama.

Orang kata usaha itu tangga kejayaan, jadi anda kenalah luahkan dulu perasaan anda. Mungkin dia sejenis lambat sedikit, tapi anda mudahkan langkahnya. Bab kena reject atau diterima itu letak tepi dulu, yang penting anda tidak berharap dengan sesuatu yang sia-sia.



Rugi kalau simpan sahaja perasaan itu.

1. Anda tidak tahu perasannya sebenar

Selagi anda tidak mulakan langkah dulu, selagi itulah anda hanya berharap sahaja. Anda tidak akan tahu apa perasaannya pada diri anda dan anda juga tidak tahu jika anda ada peluang. Jadinya, luahkan perasaan anda dapat beri kesempatan yang cerah untuk diri anda sendiri.

2. Hilang peluang untuk memilikinya

Jika anda memilih nak simpan perasaan anda itu, kemungkinan besar anda akan hilang peluang untuk memilikinya. Boleh jadi akan ada yang lain lebih berani datang meluahkan perasaannya. Dia mungkin tidak suka akan dirinya tapi dia boleh beri peluang pada si dia. Anda juga yang rugi kalau hilang peluang itu.



3. Anda akan menyesal

Melihat orang yang anda suka bersama dengan orang lain sudah tentu akan membuat anda rasa kecewa dan juga marah. Nak-nak lagi jika orang itu adalah rakan anda, tentu sahaja rasa menyesal tidak mulakan langkah lebih awal. Daripada berputih mata, baik anda mulakan dulu.



4. Tidak membuang masa

Berharap dengan seseorang yang belum tentu menyukai anda sudah tentu hanya membuang masa sahaja. Mana tidaknya, anda tidak tahu bahawa cinta anda itu akan berbalas atau tidak. Jadi kalau anda meluahkan perasaan dan dia menolak, bolehlah anda cari cinta lain selepas itu. Tak buang masa tunggu yang tak tentu.

5. Hanya sekadar kata-kata, tiada usaha

Mungkin anda pernah luahkan perasaan anda kepada rakan-rakan anda, tetapi kalau sekadar kata-kata tanpa usaha semuanya akan sia-sia. Dari anda luahkan kepada rakan, baik luah terus pada dirinya. Itukan lebih bagus.

Peluang tidak akan datang berkali-kali, bila anda rasa anda ada peluang untuk memilikinya, maka segera luahkan perasaan anda. Kalau tidak, anda juga yang rugi nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen