Lakukan 5 Perkara Ini Jika Bekas Kekasih Pasangan Datang Mengganggu Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak kekalkan hubungan itu bukanlah satu perkara yang mudah, nak-nak lagi bila kalian masih lagi dalam tempoh perkenalan. Tentu saja kepercayaan dan sikap ragu-ragu terhadap si dia itu masih menebal. Memberi satu kepercayaan kepada seseorang yang belum anda kenali sebetul-betulnya agak berisiko.

Lebih membimbangkan lagi pada saat ini bekas kekasih dari pihak anda tau si dia mungkin akan mengganggu hubungan kalian. Masa inilah masing-masing akan mula tiba nak bertanya khabar, rasa rindu, ataupun nak perbaiki hubungan semula.

Dengan satu hai, boleh rosak setahun move on, inikan pula menyatakan rasa rindu.

Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk elakkan perkara ini berlaku.



Bincang bersama pasangan mengenai perkara ini

Jangan hanya diamkan diri atau cuba buat-buat tak kisah, lebih baik anda berbincang dengan pasangan anda untuk elak berlaku salah faham dari pihak anda atau dirinya. Bukan itu saja, ini langkah awal yang memberi peringatan kepada anda dan pasangan untuk lebih menjaga hati masing-masing.



Tutup semua peluang untuk bekas kekasih terus mengganggu

Baik anda atau pasangan, bila mendapat mesej dari bekas kekasih terus block nombor, unfollow media sosial dan jangan membalas atau melayan bekas kekasih itu. Ini kerana, jika anda tidak melakukan semua ini, ia sama saja anda memberi laluan kepada bekas kekasih untuk terus masuk ke dalam hubungan anda. Nanti hanya jadi salah faham saja.

Beri kepercayaan kepada kekasih anda

Jangan ragu atau sengaja timbulkan pertengkaran. Anda perlu beri kepercayaan kepada pasangan anda untuk kekalkan hubungan kalian. Jangan tunjuk sangat yang anda cemburu atau bimbang, percaya padanya yang tidak akan melayan bekas kekasihnya.



Jangan salahkan pasangan dan segaja timbulkan kerenggangan hubungan

Mungkin anda akan rasa cemburu dan ingin marah dengan pasangan anda, tetapi bukan dirinya yang membuat bekas kekasihnya datang mengganggu. Jadi cuba untuk lebih matang dan berfikiran terbuka. Daripada anda timbulkan kemarahan yang membuka peluang, lebih baik kalau anda abaikan dan layan saja pasangan seperti tiada apa yang mengganggu.

Eratkan lagi hubungan kalian

Bila hubungan renggang, pasangan anda mungkin akan goyang dengan godaan bekas kekasihnya. Jadi, pastikan anda sentiasa eratkan hubungan agar tidak ruang untuk pasangan memikirkan bekas kekasihnya. Bahkan, bekas kekasihnya juga tidak boleh masuk dalam hubungan kalian.

Jangan mudah gelabah bila bekas kekasih datang, bertenang dan nikmati hubungan yang baru.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen