Punca Lelaki Minta 'Putus' Dalam Sebuah Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

“Kusangkakan panas hingga ke pentang, rupa-rupanya hujan di tengah hari...” itulah yang akan anda rasakan saat si dia tiba-tiba meminta putus dari anda tanpa punca. Sedangkan, hubungan anda selama ini baik-baik saja tanpa ada salah faham yang teruk. Tapi kenapa jadi macam ini?

Ada hubungan terputus kerana sememangnya ada punca dan masalah, tapi ada juga pasangan yang berpisah kerana sebelah pihak ingin memutuskan hubungan tanpa punca.

“Kau terlalu baik untuk aku...”

“Aku rasa kita tak ke mana...”

“Aku tak layak untuk kau...”

Ini beberapa alasan mengapa si dia nak putuskan hubungan dengan anda, tapi betul ke itu puncanya?



Dari awal memang tiada rasa cinta

Sejak awal mungkin dia hanya berpura-pura mencintai anda atau mungkin dia mempergunakan anda saja, bila rasanya sudah tidak mahukan anda dia memutuskan diri anda. Boleh jadi, dia sudah melakukan hal in berulang kali.

Rasa tidak selesa dengan anda

Mungkin anda terlalu memberi tekanan pada dirinya hingga membuat dia rasa tidak selesa. Boleh jadi juga anda yang memaksa dirinya sehingga dia berasa rimas dengan sikap anda. Sebab itulah dia pergi meninggalkan anda. Cuba periksa kembali.



Rasa tidak dihargai

Sebelum dapat, anda begitu teruja dengan dirinya. Tapi bila sudah dapat anda lebih mengabaikan dan buat hal sediri sehingga dia rasa anda tidak perlukan dirinya. sikap anda yang pentingkan diri dan juga lebihkan orang lain buatnya terluka.

Ada yang lebih baik dari anda

Siapa tahu dia telah menemui seseorang yang lebih baik dari anda. Jadi, hatinya berubah dan lebih menginginkan orang tersebut. Dia merasakan orang terbabit boleh membahagiakan dirinya. Atau, orang itu memang seseorang yang dia idamkan.

Sebab seseorang meminta untuk memutuskan hubungan boleh disebabkan oleh banyak perkara dan punca. Walaupun tidak ada perpisahan yang berakhir dengan baik, tetapi sekurang-kurangnya perlu bersikap jujur antara satu sama lain ketika memutuskan untuk mengakhiri hubungan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen