Jangan Tunggu Dia Untuk Sedia Nikahi Anda Tetapi Yakinkan Dia Bahawa Anda Layak Untuk Dinikahi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai diantara kita yang lebih bersedia untuk dilamar berbanding untuk menjadi calon yang sesuai buat seseorang. Ini kerana, ramai yang beranggapan bahawa kalau seseorang itu sayang pada anda dia tak akan ragu-ragu untuk memilih anda menjadi isterinya.

Namun begitu, orang lelaki yang mendekati anda ini kadang bukan betul-betul menginginkan anda tetapi dia juga memilih seseorang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. Kadang kala mereka ini datang untuk kenal lebih jelas akan sikap dan tingkah laku anda adakah sesuai untuknya atau tidak.



Jadi, jangan hanya menunggu seseorang datang untuk melamar anda tetapi jadilah seseorang yang layak untuk disunting dijadikan isteri.

Jangan berharap saja tetapi tiada usaha dari pihak anda

Kalau sudah jalinkan cinta tentunya anda berharap bahawa dia akan memilih anda untuk dijadikan calon isterinya. Akan tetapi, harapan itu akan jadi sia-sia jika dia berjumpa seseorang yang lebih baik dari anda. Sebab itu, dalam meletakkan harapan anda juga perlu usaha menjadi baik agar dia lihat bahawa anda adalah calon yang sesuai.



Jangan hanya menunggu tetapi jadi yang terbaik

Nak tunggu dia ajak kahwin bukan satu perkara yang mudah, kadang ambil masa yang agak lama. Mana tidaknya, dia sendiri pun tidak pasti adakah anda ini yang terbaik buat dirinya atau sebaliknya. Maka dengan itu jangan anda hanya menunggu pihaknya untuk mengajak berkahwin tetapi cuba untuk jadi terbaik agar dia nampak bahawa anda ini yang paling sesuai untuk jadi isterinya.



Lelaki yang betul-betul inginkan anda bukan mereka yang tidak curang tetapi akan datang bila dia rasa anda yang paling sesuai.

Mungkin bagi anda dia tiak curang, baik dan begitu memahami anda sudah pasti dia begitu menyayangi anda dan mengajak anda berkahwin. Akan tetapi, bagaimana jika dia merasakan sebaliknya pula. Dia merasakan anda bukan calon yang sesuai untuknya. Jadi, mengukur seseorang berdasarkan itu bukanlah perkara yang sepatutnya.

Buktikan padanya bahawa anda yang terbaik dan jangan tunggu dia melayani anda dengan baik

Bagaimana untuk meyakinkan pasangan? itu dibuktikan dengan sikap, sifat anda, dan memperlakukannya dengan baik, belajar untuk matang secara seimbang, jangan hanya menunggu dia memperlakukan anda dengan baik.



Kerana rasa ingin berkahwin itu akan datang bila dia merasakan anda yang terbaik

Rasa untuk dia terdetik untuk berkahwin itu akan datang bila dia merasakan anda yang terbaik berbanding orang lain. Bahkan dia juga merasakan bahawa anda akan membawanya ke arah yang baik juga.

Maka dengan itu jangan jadi seorang wanita yang berharap dan menanti saja, tetapi jadi orang yang diyakini dan dimahukan oleh si dia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen