Sayang Macam Mana Pasangan Dengan Kita Bila-Bila Masa Boleh Berubah, InsyaAllah Dengan Amalkan Doa Ini Hanya Kita Kekal Di Hatinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap hati manusia ini mudah berbolak balik. Boleh jadi hari ini dia sayang sangat pada anda mana tahu esok lusa sudah berubah. Bukan kerana anda tidak melakukan yang terbaik tetapi hati manusia ini memang mudah hendak berubah-ubah.



Itu semua bukan kuasa kita untuk mengawal dan menetapkan hati mereka. Boleh jadi, kita dah lakukan sehabis baik untuk yang terbaik buat dirinya namun, tiada angin tiada ribut tiba-tiba hatinya berubah arah. Hati manusia ini Allah yang pegang.

Tidak kiralah, sudah berkahwin ataupun cinta setengah mati sekalipun kalau tiba-tiba dia berubah tiada apa yang anda boleh lakukan. Tapi anda boleh mengubahnya untuk kuatkan kasihnya pada anda. Bukan menggunakan jampi serapah atau bomoh, itu semua kurafat tetapi gunalah keyakinan anda kepada Allah dengan mengamalkan beberapa doa pengikat kasih sayang ini.

Di sini terdapat beberapa contoh doa pengasih untuk anda mengikat kasih sayang pasangan anda supaya pasangan sentiasa jatuh cinta pada anda!

9. Surah Al-Syura (ayat 19)





Amalkan baca ayat pengasih dalam surah Al-Syura ayat 19 ini untuk melembutkan hati pasangan anda. Seeloknya amalkan setiap hari selepas solat. Ia akan mengikat cinta dan kasih sayang anda. InshaAllah niat yang baik Allah permudahkan. Selamat beramal!

8. Surah Taha (Ayat 1-8)



Untuk jadikan rumah tangga sentiasa gembira bukannya mudah, perselisihan faham perkara biasa. Kadangkala ego menguasai diri pon akan mengeruhkan lagi keadaan dengan pasangan kita tu! Jadi, Surah Taha ayat 1-8 juga elok diamalkan untuk dijadikan sebagai doa pengasih. Sebaiknya anda hafal surah ini kerana ayat ini ayat yang pendek sahaja dan mudah untuk dihafal. Ia juga boleh melembutkan hati pasangan dan setiap orang yang melihat anda. Orang akan senang hati dan selesa apabila bersama dengan anda.

7. Surah Taha (Ayat 39)




Amalkan membaca ayat ini setiap hari lebih kurang 3 kali sehari. Untuk menambahkan lagi kasih sayangnya terhadap anda, lebih baik dibaca semasa anda masak atau hembus di dalam makanan yang anda hidangkan kepadanya. Selain itu, cara lain anda baca ayat ini dan sapu pada ubun-ubunnya dan mukanya. Niat dan doa pada Allah SWT untuk membuatkan pasangan anda sejuk hati dan cinta pada anda.

6. Surah Ali-Imran (Ayat 31)




Amalkan membaca ayat ini semasa anda ingin mengurut leher,badan, pinggang dan leher suami anda. Niat pada Allah agar suami anda sentiasa menyayangi anda sampai bila-bila. Moga dengan amalan ayat ini akan membuatkan suami anda tidak pandang dan tidak cari perempuan lain! InshaAllah, yakin dengan kuasaNYA moga makbul apa yang dihajati.

5. Surah Al-Qadr



Surah ini adalah surah yang boleh diamalkan sebagai ayat pengasih. Seeloknya baca ayat ini dan sapu pada ubun-ubun isteri atau suami anda. Anda juga boleh membaca ayat ini semasa bersetubuh. Ia akan membuatkan hubungan anda bersama pasangan dalam keadaan baik, tenang, romantik dan berkasih sayang. Amalkan setiap hari ayat ini dan niat ikhlas supaya hubungan rumah tangga bahagia kekal abadi. Dengan izin Allah, Allah akan kabulkan doa anda nanti.

4. Surah Al-Insyirah



Baca sambil tadah tangan dan tiup sapu ke seluruh wajah anda. Sambil baca, niat supaya suami pandang anda dengan rasa yang tenang dan sayang anda. Dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, suami anda akan sayang selalu! Cuba amalkan selalu ya..

3. Surah Ali-Imran (Ayat 200)




Kadangkala dalam rumah tangga, ada juga terdapat isteri yang suka keluar rumah tanpa minta izin pada suaminya terlebih dahulu, sedangkan ianya wajib untuk minta izin!

Jadi jika anda sebagai suami mahu isteri lembut hati, amalkn ayat pengasih surah Ali Imran ayat yg ke 200 ini, ini akan membuatkan isteri menjadi lembut hati, dengar kata dan pergi mana-mana sudah tentu dia akan minta izin pada anda

Amalkanlah ayat ini dan niat supaya isteri anda mendengar kata. InshaAllah dengan izinNYA isteri akan menjadi lebih baik dan rumah tangga harmonis sejahtera.

2. Surah Yusuf (Ayat 4)



Namun begitu, ayat pengasih ini bukan sahaja untuk suami isteri, tapi bagi mereka yang ingin mencari jodoh juga boleh amalkan ayat ini supaya nampak cantik/ tampan bagi orang lain yang memandang wajahnya. Sebaiknya amalkan 3kali atau 7 kali setiap hari bila-bila masa sahaja. Baca dan niat untuk dikasihi oleh suami atau isteri. Berdoa bersungguh-sungguh supaya dapat aura pengasihan ini.

1. 7 Zikir (Ya Latif, Ya Rahman, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahim, Ya Waddud, Ya Jabbar )

Nama-nama Allah ada di dalam Asma Ul-Husna, Allah itu Maha Esa dan mempunyai sifat yang baik. Zikir nama Allah ini boleh dijadikan sebagai ayat pengasih juga. Jadikan ia sebagai rutin harian anda untuk menyebut nama Allah ini. Ya latif bermaksud maha lembut, bacalah setiap hari agar pasangan kita sentiasa lembut hati dalam setiap urusan rumah tangga yang dibuat bersama kita.

Namun begitu, Ya rahim yang bermaksud penyayang. Sebut banyak kali supaya pasangan kita sentiasa sayang kita. Di tambah juga dengan zikir yang lain seperti Ya Hayyu dan Ya Qayyum. Amalkan setiap hari nama-nama Allah ini sambil ingat wajah pasangan anda!

Moga dengan cara ini membuatkan rumah tangga bahagia seperti sinaran bintang di langit. Selain itu, sifat Allah Ya Waddud bermaksud yang maha mencintai. Amalkan ya waddud ulang banyak kali dan sapu pada ubun-ubun pasangan atau hembus pada makananya, supaya pasangan akan lebih jatuh cinta pada kita selalu macam pengantin baru.

Tambahan lagi, sebutlah perkataan Ya Jabbar iaitu maksudnya Yang Maha Kuasa, dengan niat mudahan aura pengasihan membuatkan hubungan suami isteri tiada gangguan dari orang lain atau tawar hati.

Semoga ia menjadi amalan kita bersama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen