Hubungan Tidak Menjadi, Tanda Allah Selamatkan Diri Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak sedih, kasih yang disemai berbulan dan bertahun akhirnya putus ditengah jalan. Nak-nak lagi jika kita ini hanya memberikan fokus kita kepadanya saja. Sudah tentu rasa sedih dan tak sanggup melihat dia bersama orang lain.

Hari yang dilalui juga sudah berubah, tiadk seceria saat bersamanya. Hubungan yang kita harapkan hingga ke jinjang pelamin rupanya putus ditengah jalan. “Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujang ditengah hari.”



Tidak kiralah baru bercinta ataupun sudah bertunang, tapi bila hubungan yang kita fokuskan itu musnah sudah tentu ia begitu mengganggu diri kita. Itu belum masuk kira punca perpisahan yang berlaku itu. Boleh jadi, ada orang ketiga dalam hubungan, dia menipu anda ataupun dia sebenarnya ingin mempermainkan anda saja. Mana tidak sedih kalau begini jadinya.

Tidak semua orang mampu bangkit dengan cepat saat terluka. Nak melupakan dan cuba mulakan hidup baru tanpa seseorang yang pernah gembirakan kita setiap hari ini bukan mudah. Kalau dulu, banyak masa yang kita habiskan untuknya, tapi kini semuanya terasa sunyi dan kosong untuk dilalui bersendirian.



Ada yang rasa tidak kuat, bahkan ada yang putus asa untuk move on. Baginya, dia telah menyerahkan separuh hidupnya terhadap orang tersebut tetapi sedikit pun tidak dihargai. Rasa tertipu, dikhianati dan kecewa itu akan saling berganti.

Jangan sedih jangan kecewa terlalu lama

Ramai yang tahu bukan mudah nak move on ini, nak-nak lagi jika kita habiskan masa bertahun-tahun dengannya. Bila dia tiada semuanya rasa seperti kekok dan baru untuk kita, tapi apa yang kita boleh lakukan... Tak akan nak merayu dan mengharap pada orang yang tidak sudi.

Hidup ini perlu diteruskan, pahit, perit dan kecewa itu perkara biasa untuk move on. Biarkan masa yang menyembuhkan segalanya. Tugas anda hanya memaafkan dan beri peluang diri anda untuk hidup baru. Jangan terikat dengan kisah yang akan melukakan anda dari hari ke hari.

Allah sediakan yang terbaik buat anda

Mungkin pada ketika ini ada sedih dan kecewa. Air mata menemani anda setiap malam, tapi jangan putus asa untuk laluinya, kerana ini semua ujian dan asam garam dalam kehidupan. Dengan berlakunya perkara ini banyak hikmah untuk anda.



Bahkan jangan berprasangka buruk dengan Allah. Boleh jadi dia sediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang anda mahukan. Bukan itu saja, hubungan yang tidak menjadi ini tanda Allah selamatkan diri anda. Jadi bersyukur bahawa Allah masih sayang pada anda.

Dia tidak mahu anda terleka menghabiskan masa bukan pada orang yang sepatutnya. Bahkan dia juga ingin membuatkan anda lebih dekat pada diriNya.

Bersyukurlah Allah masih mahu selamatkan anda dari seseorang yang mungkin akan melukakan anda dengan lebih dalam lagi. Hari ini anda mungkin menangis sepanjang malam, mana tahu kemudian hari anda adalah orang yang paling bahagia.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen