Melepaskan Itu Sudah Payah, Inikan Pula Melupakan...

Oleh: Zuzu Yasmine

Melepaskan seseorang yang pernah kita sayang, cintai dan sentiasa ada saat kita susah dan senang itu bukanlah satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi jika setiap saat kita telah menghabiskan masa dengannya berjam-jam, celik mata dia yang pertama anda ingat begitu juga sebelum anda tidur.

Jika berjauhan terasa rindu yang amat berat sekali hendak dipikul, bila dekat terasa begitu bahagia. Bagaimana kita hendak melepaskan seseorang seperti ini, hadirnya dia dalam hidup sememangnya memberi satu perubahan yang sangat ketara. Jika sebelum ini hanya dengan rakan-rakan tapi dia datang sebagai penambah seri.



“Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengah hari…”

Selama ini yang disangka dia adalah orang yang terakhir dalam pencarian jodoh, rupanya dia juga merupakan satu persinggahan juga. Selama ini rupanya anda menjaga jodoh orang lain, tak sangka betul.

Apabila dia meminta anda untuk melupakan dirinya dan melepaskan dia, sudah tentu hati anda kecewa dan begitu sedih sekali. Mana tidaknya, selama ini masa yang kalian habiskan bersama bagai tiada erti buat dirinya. Bukan itu saja, kasih sayang yang terbina selama hubungan terjalin seperti tiada apa-apa buat dia.



Hati manusia ini sememangnya mudah berubah, bila jumpa yang lebih baik sudah tentu akan memilih yang lebih baik itu berbanding memilih yang banyak kurangnya. Tapi tidak sangka begitu mudah dia berubah tanpa memikirkan kesannya pada diri anda.

Move on itu bukan mudah

Jika berjauhan itu sudah membuat anda begitu rindu dengan dirinya, bagaimana pula untuk melupakan segala kenangan kalian bersama. Sudah tentu ia bukan satu perkara yang mudah.

Orang sekeliling mampu berikan kata-kata semangat tapi untuk melepaskan dan melupakan seseorang yang pernah kita sayangi dan buat kita bahagia tentu saja akan mengambil masa yang agak lama. Sedih, kecewa, perit dan juga kosong itu yang akan dirasai.



Buat anda yang berdepan perkara ini...

Jangan terlalu bersedih dan kecewa kerana hubungan tidak menjadi. Percayalah, Allah sedang sediakan seseorang yang baik buat diri anda. Bahkan orang itu adalah orang yang akan habiskan sia-sia kehidupannya bersama anda.

Menangislah sepuasnya hari ini untuk melupakan seseorang yang tidak pernah menghargai diri anda kerana hari esok akan ada yang mengembirakan diri anda selamanya. Percayalah seseorang yang tepat akan datang pada waktu yang tepat.

Walaupun ketika ini anda perit melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup anda, jangan pernah mengalah. Beri diri anda masa untuk melupakan segala kenangan yang memeritkan diri anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen