Bila Putus Cinta, Jangan Update Di Media Sosial, Lebih Baik Banyak Berdoa Kepada Allah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai orang sekarang lebih mudah meluahkan segala isi hati pada media sosial. Ada yang menganggap itu satu kepuasan dan ada juga yang merasakan itu caranya untuk berkongsi. Kadang kala, tidak semua perkara perlu dikongsikan pada media sosial.

Walaupuan perkara itu menyedihkan atau menggembirakan, tetap sahaja ia bukanlah satu perkara yang elok dilakukan. Mungkin anda mengharap orang memahami dan mengerti anda, tetapi anda berkongsi pada seseorang yang tidak mengenali anda dengan baik. Boleh jadi perkara yang berlaku bukan seperti yang anda harapan.



Memang mudah nak dapat sokongan dan perhatian di media sosial ini. Bukan itu saja, dengan cara ini juga anda dapat membersihakan nama anda, tapi cara ini salah sebenarnya. Ini kerana, media sosial tidak seringkas yang anda fikirkan.

Ada beberapa perkara negatif yang akan berlaku pada diri anda, antaranya;

1. Orang tidak peduli akan diri anda

Tanpa anda sedar sebenarnya anda hanyalah memperbodohkan diri anda saja. Walaupun niat untuk berkongsi tetapi tiada siapa yang kisah akan diri anda. Adakah anda kecewa, sedih, gembira atau apa pun. Mereka lebih fokus kepada perkara lain. Malah anda juga bukan orang penting dalam hidup seseorang sehingga perlu diberi perhatian orang yang tidak dikenali.



2. Tanggapan orang menjadi kurang baik

Jika selama ini anda bersikap biasa dan tidak dikenali tetapi kerana luahan perasaan anda yang tidak seberapa dan tidak begitu matang itu akan beri tanggapan yang negatif kepada diri anda. Mungkin anda tidak sedar tetapi orang sekeliling akan mula merasakan anda seorang yang negatif.

3. Menjadi bahan ketawa dan umpatan

Tidak semua orang akan kasihan melihat apa yang sedang anda alami, boleh jadi mereka ini bersorak keseronokan kerana perkara itu berlaku kepada anda. Bukan itu saja, malah akan anda mulut-mulut yang mengata belakang dan menokok tambah dalam cerita anda yang tidak sepatutnya. Nak ke anda menjadi punca dosa orang lain?



4. Kelihatan lemah

Perkara inilah sebenarnya yang dimahukan oleh pihak di sana, dimana anda kelihatan lemah dan bergantung harap pada dirinya. Tidak hanya itu saja, pihak di sana akan berbangga diri kerana dapat memperlakukan anda sebegitu. Dia tidak sepatutnya merasai perkara itu. Bahkan anda patut menjadi seorang yang berani dan mempu move on dengan baik.

Jadi untuk anda yang suka berkongsi di media sosial itu, fikir baik buruk sebelum melakukan. Jangan bertindak ikut perasaan, takut nanti memalukan diri sendiri saja.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen