Lelaki Aktif Bersukan, Ada Daya Tarikan Tersendiri - Kajian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki yang aktif bersukan ini memang mudah nak dapat perhatian orang perempuan. Jadi jangan hairan kalau kawan anda yang aktif sukan itu sentiasa ada peminat rahsia. Kalau lihat, dekat mana-mana pun tempat belajar kalau lelaki aktif sukan ini sudah tentu akan selalu dikeliling wanita. Haa... dalam drama Korea pun sama kan.

Lelaki yang aktif bersukan ini biasanya mempunyai bentuk fizikal yang menarik dan elok. Mereka ini tidak akan berdepan dengan masalah perut buncit tetapi mempunyai bahagia yang baik serta berotot seperti dada, perut, lengan dan juga kaki.



Tidak hanya itu saja, lelaki yang bersukan ini juga cenderung memiliki mental yang lebih sihat dan stabil. Ini saja sudah cukup kuat untuk menarik perhatian wanita untuk mendekatinya.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh University Exeter mendapati wanita lebih tertarik dan cenderung memilih lelaki yang lebih atletik kerana ia memberikan idea bahawa lelaki tersebut mempu beri pelindungan.



Dalam satu kajian lain yang dilakukan oleh Australia oleh Griffith University mendapati ciri-ciri lelaki ini tertumpu kepada tiga faktor. Data yang diperolehi daripada 150 orang wanita mendapati mereka menentukan daya tarikan seorang lelaki kepada betapa gagahnya penampilan, berbadan tegap dan ketinggian.

Bukan itu saja, kalau kita lihat wanita yang menonton bola sepak kadang kala bukannya sukakan corak permainan bola sepak itu tetapi lebih menonton permain bola itu sendiri. Bila permain itu kacak, sudah tentu ramai peminat wanita yang menyokongnya.

Tapi, lelaki yang aktif bersukan ini sememangnya mempunyai aura yang tersendiri untuk menarik perhatian wanita.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen