Awas! Ini Kebohongan Yang Paling Bahaya Dalam Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Untuk hubungan kekal lama, ramai yang menasihati untuk tidak menipu pasangan. Ini kerana, penipu dan berbohong ini hanya merenggangkan hubungan apabila kantoi kelak. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sejauh mana kebohongan yang dilakukan itu mampu bertahan.

Nak-nak lagi dengan pasangan sendiri, tentu saja perkara ini mudah dihidu dan pasangan ini selalunya ada deria keenam yang baik terhadap orang yang mereka sayangi. Jadi, lama mana pun anda cuba rahsiakan penipuan anda akhirnya akan kantoi juga.



Kadang kala tak salah pun nak menipu demi menjaga hati pasangan, kira macam tipu sunat. Tapi ada 3 perkara yang anda tak patut tipu pasangan anda. Menurut yourtango.com, berikut adalah beberapa jenis pembohongan yang paling berbahaya dalam hubungan cinta.

1. Berbohong mengenai orang ketiga

Adanya orang ketiga itu saja sudah satu hal yang tidak patut berlaku, ini anda tambah pula dengan penipuan hanya kerana ingin selamatkan hubungan terlarang anda. Sudah tentu anda melakukan perkara ini hanya untuk selamatkan diri sendiri bukan?

Perkara ini saja sudah membuat pasangan anda terluka jika diketahui, itu belum lagi ditambah dengan perkara-perkara lain yang anda bohong dirinya semata-mata untuk pihak ketiga.



2. Berbohong mengenai perasaan

Kalau suka katakan suka, kalau benci katakan benci... bahkan kalau sudah tidak mahu katakan tidak mahu. Untuk apa anda berpura-pura menyayangi dirinya sedangkan hati anda sudah tidak untuknya. Jika perkara ini diketahui pasangan anda tentu dia terluka dan rasa terhina.

Adalah lebih baik kalau anda berterus terang. Sekurang-kurangnya, dia tidak terluka dan kecewa manakala anda pula tidak serba salah dan rasa tersepit.



3. Berbohong akan kewangan

Setiap orang sudah tentu mempunyai masalah kewangan mereka, ada yang mungkin bergaji kecil dan terpaksa ikat perut untuk bahagiakan pasangan dan ikut kehendak pasangan. Kalau sudah kahwin itu lain cerita, ini kalau masih bercinta sudah bohong bab ini memang susahlah.

Biar si dia tahu status kewangan anda, jika dia sudi untuk kekal bersama anda dia memang sayang anda, tapi kalau dia tinggalkan anda akan ada yang lebih baik. Jangan biarkan seseorang bersama dengan anda hanya kerana wang ringgit saja, nanti anda juga yang perit.

Jangan berbohong akan perkara ini. Jujur saja, pasti akan beri kebaikan untuk kedua belah pihak walaupun ia menyakitkan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen