Warga Selangor Boleh Ikuti Kursus Kahwin Secara Online Mulai Minggu Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nampaknya ramai yang mengambil peluang untuk mendirikan masjid pada masa-masa ini, mana tidaknya ringkas dan jimat, siapa yang tak nak. Ada duit lebih boleh buat tabungan pada masa depan.

Tapi buat mereka yang masih belum mengikuti kursus kahwin, sudah tentunya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mengambil peluang untuk berkahwin pada ketika ini. Calon dah ada tetapi nak nikah tak boleh pula sebab tak pergi kursus lagi.



Mesti ramai yang sedang menyesal sebab lengahkan krusus kahwin sebelum ini. Kalau tahu nak jadi seperti ini tentunya telah siap sedia. Jangan risau. Ini berita baik buat warga Selangor.

Jabatan Agama Islam Selangor telah mengesahkan bahawa pelaksaan kursus pra-perkahwinan boleh dilakukan secara atas talian mulai minggu ini.

Kursus yang dikenali sebagai Kursus Praperkahwinan Islam Online (KPPI Online) ini akan mula dilaksana bermula 13 Jun 2020 (Sabtu) dan permohonan sudah mula boleh dilakukan mulai hari ini, 9 Jun 2020 (Selasa).

Berikut adalah kaedah pelaksaan KPPI Online seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media oleh Jabatan Agama Islam Selangor:











Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen