Perempuan Itu Bila Dah Sayang Dia Sanggup Telan Segala Luka...

Oleh: Zuzu Yasmine

Perempuan ini nampak saja lemah, tapi bila dah sayang sangat berlainan. Perempuan ini bila dah sayang, memang dia tak pandang kiri dan kanan. Hanya anda seorang akan di hati dan di matanya.

Tidak kira berapa kali anda melukakan hatinya, dia akan tetap setia pada anda dan kasihnya tidak berubah.

Perempuan ini mempunyai hati yang tabah, pada luarnya mungkin dia kelihatan bersahaja tetapi dia menangis dalam diam tanpa siapa yang tahu.



Tapi bukan mudah nak jumpa perempuan seperti ini, seseorang yang menyayangi diri anda dengan setulus hati saja yang sanggup menelan segala pahit akan kelakukan anda, tidak semua mampu bertahan.

Sebab itu, bila sudah jumpa akan seseorang seperti ini, jangan sibuk melihat perempuan lain. Jaga hatinya dan pertahankan hubungan kalian, sudah tentu kalian akan bahagia. Tidak lupa juga, jangan mudah nak berubah hati dan setia padanya, dia juga akan melakukan perkara yang sama.



Namun begitu perlu diingat, jangan ingat hati perempuan ini tidak mampu berubah. Walaupun dia menerima anda berulang kali selepas dilukakan. Dia ini menunggu masa, menahan segala luka, bila sudah terlalu luka, rasa sayang pun pergi selamanya. Pada masa itu pandang pun mereka dah tak mahu.

Nak jaga hati perempuan ini mudah saja,

• Jangan curang dibelakangnya, jika anda tidak mahu dicurangi maka jangan lakukan perkara yang sama pada dirinya.

• Jangan lakukan perkara yang tidak disukainya, cukup kalau tahu bahawa jelingan itu tanda dia tidak suka akan perbuatan anda.

• Jadi pasangan yang supportive bukan toksik. Hubungan yang toksik ini hanya melukakan kalian berdua saja.

• Perempuan sukakan perhatian, jadi jangan malas nak beri perhatian pada pasangan anda. Kalau perhatian yang diberi cukup, dia pun tak kacau me time anda.

• Bila dah kahwin, fahami emosi isteri, jangan buat tak tahu saja. Emosi perempuan lepas kahwin kena lebih jaga.

• Jangan sentiasa gunakan kuasa veto lelaki, bertolak ansur dalam hubungan itu lebih baik walaupun anda ketua keluarga.



Jangan biarkan hati seorang perempuan yang tulus menyayangi anda berubah hati menjadi tawar. Ini kerana, hati yang tawar tiada penubatnya. Perempuan ini susah nak berubah hati, tapi sekali berubah dia memang sudah tidak pedulikan anda.

Bila jumpa perempuan yang sanggup terima diri anda seadanya, rela susah senang bersama, jangan cari lain dah. Memang dia orangnya!




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen