Haram & Berdosa Rupanya Bila Suami Memuji Orang Lain Selain Dari Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa saja yang tak kecewa kalau suami sendiri sibuk memuji wanita lain. Yang ada depan mata tak dikisahnya, tapi yang bukan miliknya bukan main dipuji-puji siang malam. Apa kurangnya si isteri? Dulu pernah cantik seperti itu juga, tapi sekarang dia korbankan kecantikannya demi suami dan anak-anak.

Tapi ramai suami yang tak perasaan, tetap saja isteri yang salah kerana tak jaga penampilan dan tak jaga itu ini. Sedangkan dulu masa dia bujang tiada masalah pun nak jaga diri sendiri. Sekarang ini bawah jagaan siapa?

Ramai yang tak tahu hukum suami memuji wanita lain selain isteri. Hukum HARAM dan BERDOSA seorang suami memuja dan memuji orang lain selain isteri , suka tengok gambar perempuan, gambar perempuan menjolok mata dan tengok perempuan lain.

Sebagai contoh yang selalu terjadi.

Kenapa sebelum saya kahwin saya tengok isteri saya cantik, lepas 10 tahun saya kahwin saya nampak semua wanita cantik kecuali isteri saya?



Kerana matamu yang penuh maksiat, penuh syaitan. Mata yang banyak maksiat suka pada benda yang haram, yang halal dia tak suka.

- Bila penyakit ni mata yang suka melihat sesuatu yang haram ni akan baik?

* Apabila tanah telah menutup matamu.

Jadi TUNDUKKAN PANDANGAN. Segalanya bermula dari mata, dari mata turun ke nafsu.



Jadi pandang isteri penuh dengan kasih syg, cari kecantikan dalam diri isteri.

Begitu juga isteri, jaga maruah diri untuk suami. Jangan bergetar tulang perut, tulang jari dan gatal tangan menaip komen tanpa sedar awak seorang ibu dan isteri.

Jangan terlalu obses dengan artis lelaki/perempuan melayu ke korea ke, hindustan ke.

Ia tetap HARAM kerana mereka LELAKI/ PEREMPUAN .

Memang suami / isteri kita tak marah sebab tu artis tapi tetap HARAM, jangan hanya kerana ada perkataan ARTIS.

Isteri dan suami harus hormat antara 1 sama lain jangan like atau komen status berlainan jantina jika status tersebut tidak ada manfaat atau gambar yang terbuka aurat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen