Malunya Ada Double Chin... Ini Senaman Untuk Hilangan Lemak Di Dagu, Bakal Pengantin Kena Segera Cuba Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada double chin ini memang memalukan kadang kala. Mana tidaknya, dah cuba sorok guna tudung pun kadang kala masih lagi nak akan terserlah juga. Nak-nak lagi bila ada double chin dekat muka ini terus buatkan muka kelihatan bulat. Lagilah tak confident rasanya.

Bahagian leher kita biasanya akan menunjukkan tanda-tanda penuaan ataupun naiknya berat badan. Ini disebabkan kulit di bahagian leher lebih nipis berbanding bahagian badan yang lain.



Namun, ada beberapa senaman muka yang boleh membantu anda memerangai perubahan ini. Bakal pengantin kena cuba ini kalau tak nak muka kelihatan bulat pada gambar.

1. Senaman gerakkan rahang bawah



2. Bentukkan mulut anda dalam huruf “O” dan bertahan selama 5 saat. Ulangi senaman ini beberapa kali. Boleh cuba dengan huruf “E”.



3. Duduk dengan tegak, letakkan kedua tangan anda di belakang kepala dan tekan belakang kepala tanpa memiringkan kepala. Bertahan dalam kedudukan ini selama 10 saat.



4. Duduk tegak. Condongkan kepala anda ke belakang dan buka mulut anda. Cuba sampaikan bibir atas anda dengan bibir bawah tanpa menyatukan gigi. Ulangi senaman ini beberapa kali.



Lakukan senaman ini 1 atau 2 kali sehari kalau nak nampak hasil yang baik.

Lagipun senaman-senaman ini bagus untuk penjagaan leher dan mampu meningkatkan aliran darah dan memperkaya kulit dengan oksigen.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen