Bila Lelaki Merajuk, Jangan Merajuk Balik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Taktik orang perempuan bila malas nak layan lelaki merajuk, sudah tentunya mereka ini akan merajuk balik. Sedangkan, mereka tahu bila lelaki merajuk mereka ingin dipujuk tetapi tetap saja mereka tidak akan melakukan itu.

Ramai yang tak tahu merajuk dalam hubungan ini merupakan satu cara untuk eratkan dan tambah kemesraan dalam hubungan. Ramai yang terlepas pandang bab ini.



Kalau orang perempuan merajuk, sudah tentu ingin dipujuk oleh pasangan, begitu juga dengan orang lelaki. Sekali sekala bila mereka merajuk tentu nak dipujuk. Tapi bila anda buat tak tahu saja, itu yang buat orang lelaki malas nak pujuk anda juga kelak.

Jadi, bila orang lelaki merajuk apa yang anda perlu lakukan?

Pujuk lah

Dah merajuk tunggu apa lagi, pujuk saja terus dirinya. Tak payah nak tunggu dia tarik muka makin masam lagi. Kalau rasa tersilap cakap ke apa ke, terus saja pujuk pasangan anda itu.



Eh, dah pujuk dia buat tak tahu saja

Apa lagi pujuk lagi la. Kadang kala mereka ini sengaja merajuk lama-lama kerana inginkan perhatian dari anda. Masa inilah dia nak tunjukkan sisi comel dirinya. Bukan senang nak lihat, jadi masa ini gunakan sebaik mungkin. Susah nak lihat lelaki jadi manja ini melainkan dirinya memang manja.

Tak berjaya juga?

Cuba tanya apa yang dia mahukan. Kadang kala mereka merajuk ini sebab anda tak bagi dia keluar bersama rakan-rakannya ataupun dia tak dapat apa yang dia inginkan. Jadi tanya dia akan perkara ini. Kalau dia masih merajuk juga, baru boleh juga cara yang terakhir ini.



Merajuklah balik

Kalau dah dia jual mahal sangat, anda boleh gunakan cara merajuk semula. Tapi pastikan yang anda telah memujuknya terlebih dulu. Jangan buat tak tahu lepas itu ikut merajuk, pujuk dulu bila tak jalan baru merajuk juga. Biasanya orang lelaki ini merajuk tak lama pun, nak-nak lagi bila kena pujuk.

Sekali sekala, orang lelaki ini nak juga kena pujuk dari kekasih hati dia. Jangan harapkan anda saja ingin merajuk dan dipujuk, mereka ini pun nak rasa benda yang sama juga. Barulah hubungan makin mesra dan erat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen