Kalau Lelaki Cakap Akan Perkara Ini Sila Ambil Perhatian Ya. Dia Betul-Betul Maksudkan Tu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua kata-kata itu hanya sekadar kata-kata saja. Boleh jadi ada yang benar-benar dia maksudkan dan boleh jadi juga ada yang benar-benar dia tidak maksudkan. Jadi, bila pasangan anda berkata-kata, jangan terlalu mudah ambil sambil lewa saja, boleh jadi ada maksud yang tersembunyi.



Kita tidak dapat baca apa yang terlintas difikiran seseorang, bahkan kita juga tidak boleh baca niat hati seseorang. Akan tetapi, kita dapat membezakan bahawa sesuatu perkara itu ikhlas atau tidak satu hari nanti. Sebab itu setiap kata-kata ini mempunyai maksud yang tersendiri.

Sebagai seorang perempuan, kita selalunya pandang mudah saja akan kata-kata lelaki. Bagi kita dia hanya main-main saja dan tidak serius, tapi kalau lelaki mula katakan ini itu tandanya anda perlu ambil serius.

“Istimewa sangat ke dia itu sampai nak puji macam tu sekali?”

Nampak macam sekadar pertanyaan saja, tetapi itu adalah sindiran dan juga amaran kepada anda. Jika lelaki berkata pada seperti ini boleh jadi dia tidak suka akan perbuatan anda itu. Bahkan boleh jadi dia juga cemburu dengan apa yang telah anda lakukan.



“Agak-agak ada yang marah tak kalau kita selalu berhubung ini?”

Jika seorang lelaki tanya soalan seperti ini itu tandanya dia ingin tahu status diri anda. Jika anda sudah berpunya dia akan undurkan diri tapi jika belum, dia akan memulakan langkah. Kalau anda masih single, jangan buat-buat tak faham pula ya.

“Awak pakai apa pun nampak cantik saja...”

Kalau ini yang keluar dari mulut pasangan anda, aduh untungnya. Dia sememangnya fall ini love habis dengan anda. Nampaknya, dia memang sudah terbayang-bayang anda setiap masa. Kalau dia puji ini, itu sememangnya ikhlas dari hatinya. Jangan kata dia main-main pula, nanti susah nak dapat pujian seperti ini.



“Eh, makin dah lebih awak sekarang ini.”

Kena tahu ini adalah tanda amaran pada anda. Dia tidak suka akan tindakan anda yang melampaui batas. Jaga-jaga, jangan sampai tingkah laku anda itu membuatkan dia hilang rasa terhadap anda. Jadi kena peka bila ayat ini dah keluar dari mulutnya.

“Dia memang cantik, tapi saya suka yang macam awak...”

Memang cair kalau dengar lelaki cakap seperti ini. Tapi kalau anda lelaki yang berkata ini pada anda dia sememang benar-benar maksudkannya. Boleh jadi ayat ini adalah ayat secara sepontan yang dia terluahkan. Ingat senang lelaki nak puji macam ini.

Jangan leka dengan apa yang orang lelaki katakan ini. Kadang apa yang tidak terduga anda dengar itu adalah sesuatu yang keluar dari hatinya secara tidak sengaja. Rugilah kalau tak dengar.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen