Orang Yang Ada Ciri-Ciri Ini Tak Tertarik Untuk Berlaku Curang. Wah, Untungnya!

Oleh: Zuzu Yasmine

Curang itu adalah satu perkara yang menyakitkan. Mana orang yang sedang dalam hubungan tentunya tidak mahu dirinya dicurangi. Curang ini boleh beri satu kesan yang amat mendalam pada diri seseorang seperti trauma. Sebab itu sebelum nak curang, fikri dulu kesannya.

Sudah tentu ramai diantara kita ingin tahu mengapa seseorang itu berlaku curang? Bahkan bagaimana nak kenal ciri-ciri seorang yang suka main kayu tiga ini.



Kerana percaya atau tidak, keperibadian atau sifat seseorang mempunyai peranan dalam menentukan sama ada dia mudah berlaku curang atau tidak. Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal ilmiah Personality and Individual Differences mendapati bahawa ada satu sifat khas yang terbukti membuat seseorang tidak berminat untuk menipu, iaitu Conscientiousness (hati nurani).



Dalam Big Five Personality, aspek keperibadian terbahagi kepada lima:

• Openness

• Conscientiousness

• Extraversion

• Agreeableness

• Neuroticism.

Dalam kes ini, ternyata orang yang mempunyai keperibadian Conscientiousness mempunyai peluang kecil untuk menipu.

Kenapa begitu? Keperibadian Conscientiousness secara amnya bertindak dengan lebih berhati-hati, teratur, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Mereka mempunyai cita-cita untuk mencapai sesuatu tetapi memilih jalan yang "bersih" dan betul.



Penyelidikan yang dilakukan oleh tinjauan terhadap 576 orang dewasa yang berkaitan dengan keperibadian dan tabiat kecurangan mereka menjelaskan, selain mempunyai kemahiran mengawal diri yang baik ketika berada dalam lingkungan sosial, dia juga cenderung berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak, inilah dasar yang membuatnya kuat untuk menjalani komitmen perkahwinan tanpa ada kecurangan.

Anda rasa pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti ini?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen