Lepas Bawa Jumpa Calon Pilihan, Ini Yang Korang Perlu Tanya Ibu Bapa Korang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum mula melangkah ke arah perkahwinan, sudah tentu anda akan membawa calon pasangan hidup anda untuk berjumpa dengan orang tua anda. Bukan saja untuk saling berkenalan, anda juga ingin mendapatkan restu dari orang tua anda akan hubungan kalian.

Impian semua orang untuk menjalani alam perkahwinan bersama seseorang yang dicintai dan mendapat restu keluarga. Sebab itu, pentingnya untuk anda bertanya kepada orang tua anda mengenai pilihan yang telah anda lakukan.



Selepas saja selesai sesi perkenalan antara dua pihak ini, ada beberapa soalan yang perlu anda tanya kepada ibu bapa anda. Mereka ini lebih berpengalaman, tentunya banyak mudah nampak apa yang anda tidak nampak.

Berikut adalah contoh soalan yang patut anda tanya;

1. Adakah mereka suka dengan pilihan anda?

Tidak semua ibu bapa akan setuju dengan pilihan anak mereka, maka penting untuk tanya perkara ini. Sekiranya anda tidak menyukainya, tanyakan mengapa mereka tidak menyukainya secara terperinci, tetapi jangan membantah, apalagi memaksa untuk tetap menikah dengannya jika ibu bapa mereka tidak bersetuju.



2. Adakah calon pasangan dapat menghormati anda kelak?

Orang tua lebih banyak makan garam berbanding kita, maka dengan itu tentunya dia lebih mengenali seseorang melalui tingkah lakunya. Oleh itu, tanyakan ibu bapa anda mengenai perkara ini. Mata orang tuakan lebih tajam.

3. Bagaimana sikap pasangan dengan keluarga anda?

Adakah dia menghormati ibu bapa anda? Adakah ibu bapa anda selesa dengannya? Adakah ibu bapa menyukai pilihan anda? Perkara begini penting kerana tidak mahu perkara berbangkit selepas ini. Jika ibu bapa anda selesa dan menyukai maka dia merestui kalian.



4. Apa Pendapat Mereka Tentang Dia dan Keluarganya?

Apa pendapat mereka tentang dia dan keluarganya, sama ada boleh menerima anda dengan baik atau tidak. Hubungan baik antara besan juga penting, bukan antara anak-anak saja. Bila berkahwin nanti, kalian akan jadi satu keluarga yang besar dan saling berkait.

5. Adakah Mereka Menyukai Keluarga Pasangan Anda?

Tanyakan kepada mereka sama ada mereka menyukai keluarga pasangan anda atau tidak dan dapatkah mereka menerima keluarga pasangan anda dengan baik? Biasanya ibu bapa akan pentingkan latar belakang keluarga, mereka mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Jadi pendapat mereka mengenai ahli keluarganya juga penting.

Jangan biarkan ibu bapa anda menerima pasangan anda secara terpaksa. Pastikan kedua-dua pihak saling menerima antara satu sama lain. Barulah akan saling memahami dan sefahaman kemudian hari.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen