Wanita Lebih Terpikat Dengan Lelaki Berjambang, Ini Buktinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nampaknya satu trend baru akan melanda kaum lelaki selepas ini. Mana tidaknya, rata-rata wanita lebih mudah terpikat dengan lelaki yang mempunyai jambang. Satu kajian daripada Jurnal Evolusi Biologi menunjukkan wanita lebih tertarik melihat lelaki berjambang berbanding dengan lelaki yang hanya ada janggut kambing.

Lepas ini kalau anda mempunyai jambang, mungkin anda perlu simpan sahaja jambang anda.



Penyelidik juga merumuskan bahawa adalah bukan satu kebetulan bahawa ramai wanita meminati selebriti terkenal yang berjambang seperti Jamie Dornan, Jake Gyllenhaal dan Chris Hemsworth.

Kajian itu juga meminta 8,500 wanita membuat penilaian sejauh mana tarikan lelaki sebagai kekasih berdasarkan sama ada mereka berjambang, berjanggut, atau berjanggut kambing.

Penyelidikan berkenaan membabitkan sekumpulan lelaki yang diambil gambar tanpa janggut atau jambang dan selepas beberapa hari bercukur dan empat minggu berlalu, foto mereka diambil sekali lagi.





Dalam penilaian itu, kebanyakan responden wanita memilih lelaki berjambang sebagai paling menarik diikuti sekadar yang berjanggut.

Lelaki yang mempunyai wajah bersih tanpa janggut atau jambang di kedudukan terakhir.

"Pemilik jambang biasanya menyebabkan lelaki dilihat sebagai lebih matang, maskulin, dominan ketika bersosial dan kelihatan agresif.

"Lelaki berjambang mungkin lebih menarik bagi wanita apabila mereka menimbang sama ada menjalin hubungan jangka pendek atau panjang.." – Jurnal



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen