Perempuan Kelihatan Tua Di Mata Lelaki, Ini Puncanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kelihatan matang dan tidak seperti umur sebenar, itu yang sering kali dikaitkan dengan orang perempuan dari pandangan mata orang lelaki. Kadang kala mereka akan lebih terkejut bila mana umur yang dikatakan itu tidak dijangka kerana merasakan bahawa perempuan tersebut kelihatan lebih tua dari umurnya.

Walaupun tidak semua perempuan seperti itu, tapi ada segelintir yang kelihatan seperti itu hingga membuatkan lelaki akan membuat rumusan secara mudah. Nak tahu kenapa perempuan lebih mudah nampak berumur berbanding lelaki? Ini antara faktornya.



1. Kulit Kering

Sentiasa memilih pencuci dan pelembab kulit muka yang bersesuaian. Jika kulit anda terlalu kering, ianya akan membuatkan anda nampak lebih tua dari usia.

2. Berat badan naik selepas bersalin

Antara salah satu sebab lain ialah perubah bentuk badan selepas berkahwin. Wanita yang sudah berkahwin dan bersalin akan cenderung untuk menjadi lebih berisi. Wanita akan cepat nampak tua sekiranya penjagaan badan tidak dijaga dengan betul. Ramai yang menggunakan alasan sudah berkahwin dan tiada masa untuk jaga badan. Alasan ini tidak boleh diguna pakai dan penjagaan diri harus sentiasa dititikberatkan.



3. Rasa rendah diri

Jangan terlalu rendah diri bila umur semakin meningkat, cuba anda perbaiki penampilan diri agar nampak lebih muda. Sudah adat sebagai manusia yang semakin hari semakin meningkat usia. Yakin dengan diri dan hadapinya dengan gembira.

4. Malas

Jaga penampilan diri dan jangan malas! amalkan pemakan sihat dan fikir perkara-perkara yang positif sahaja, baru hidup seronok dan sentiasa muda. Jika anda rajin jaga penampilan, wanita yang lebih muda pun kalah tau dengan kecantikkan anda.



5. Terlalu Kerap Bersolek

Memakai alat solek terlalu kerap merupakan salah satu faktor pantas penuaan bagi kaum wanita. Tahukah anda setiap barangan solekan mempunyai tarikh tamat tempoh tertentu dan akan memberikan kesan buruk pada wajah sekiranya penggunaan melebihi had masa.

6. Efek dari menopause

Saat usia perempuan semakin bertambah, maka hormon estrogen yang diproduksinya akan semakin berkurang. Sehingga tingkat hormon estrogen akan semakin menurun dan mengalami proses yang namanya monopouse.

Fungsi dari hormon estrogen sendiri adalah sebagai hormon yang dapat membuat kulit perempuan terlihat lebih sehat sehingga akan tampak lebih bersinar. Dan berarti jika hormon estrogen dalam tubuh itu menurun, maka perempuan akan tampak lebih keriput, kusam dan tidak segar.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen