Wanita, Jauhi Lelaki Yang Mulakan Perbualan Sebegini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang wanita, tentunya kita mahukan seorang lelaki yang baik sebagai peneman hidup kita. Bila suami kita baik, maka dia akan membimbing kita ke arah kebaikan juga. Sama juga dengan kita berkawan dengan seseorang lelaki, kalau dia baik tentu akan membawa kita ke arah kebaikan sekali.

Dari awal perkenalan lagi anda perlu lihat bagaimana lelaki tersebut. Jangan sudah jatuh sayang baru nak cari yang terbaik, masa itu sudah terlambat kerana kalian akan sakitkan hati masing-masing.



Sebab itu, kita dalam perkenalan ada beberapa perbualan dari lelaki yang patut anda elakkan. Permulaan perbulaan itu adalah sikap sebenar lelaki itu. Jadi perbualan yang mana perlu anda elakkan, ini antaranya;

Berbual sesuatu yang lucah

Jangan layan lelaki yang memulakan perbualan yang lucah. Tidak kiralah sudah lama berkenalan atau baru saja berkenalan. Ini kerana, perbualan ini bukan saja mencerminkan dirinya tetapi juga diri anda. Ingat, sebagai wanita harga diri kita sangat mahal untuk dibualkan semudahnya.



Status kewangan anda

Sebagai seorang wanita, anda sepatutnya tidak perlu dedahkan status kewangan anda. Tidak kiralah banyak atau sedikit wang anda itu adalah hak anda. Bukan masalah si dia. Ini kerana, selepas kahwin nanti lelaki yang perlu memberi nafkah bukan anda. Takut perbualan ini akan membuat dia ambil kesempatan ke atas diri anda saja.

Hal peribadi dalam keluarga

Tidak semua perkara mengenai keluarga anda perlu dikongsi bersama si dia. Bab-bab keluarga ini lebih baik bercakap secara rawak saja jangan terlalu mendalam. Nak-nak lagi mengenai rahsia dalam keluarga anda. Melainkan kalian sememangnya sudah bersedia untuk ke langkah yang lebih serius.



Penampilan diri anda

Jika dia menegur penampilan anda yang membawa ke arah kebaikan itu boleh diterima. Akan tetapi, jika sebaliknya malah memburukan diri anda sebagai seorang wanita Islam tentu perkara itu perlu dielakkan. Penampilan itu adalah keselesaan dan keyakinan diri anda.

Perkerjaan

Sudah tentu dalam perbualan kalian akan bertanya mengenai perkerjaan masing-masing, tetapi kalau dia merendahkan perkerjaan anda dia bukanlah seseorang yang sesuai untuk dijadikan pasangan. Ini kerana, dia lebih memandang luaran dan kebendaan. Rezeki setiap orang kan berbeza-beza.

Ada perbualan yang boleh dibual secara rawak saja, ada juga yang boleh dibincang sehingga mendalam. Tapi, hati-hati dengan apa yang anda katakan dan bualkan itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen