Tanda-Tanda Pasangan Tidak Memahami Anda, Penat Juga Makan Hati Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa saja yang tidak suka kalau dapat pasangan yang memahami dan membahagiakan kita. Mana tidaknya, bila saling memahami ini semua perkara akan menjadi lebih mudah, baik komunikasi ataupun segala perkara.

Sebab itu, dalam mana-mana orang pun kalau mencari pasangan tentunya ingin cari yang memahami dirinya. Barulah lebih enjoy jalani hubungan bersama.

Namun bukan mudah nak jumpa yang memahami ini. Haa... ini antara ciri-ciri pasangan yang tidak memahami diri anda.



Sentiasa mahu anda dengar apa kata dia

Bila kata-kata tidak mahu didengari, ia ibarat mencurah air ke dalam daun keladi. Berulang kali apa yang anda katakan pun, dia tidak akan pernah cuba untuk memahami atau mendengar kata anda. Bagi dirinya, apa yang penting adalah anda mengikut segala katanya. Setuju atau tidak, anda perlu dengar setiap kata-katanya.



Sentiasa kritik pilihan anda

Kadang kala mempunyai pasangan yang sentiasa mengkritik ini sememangnya bagus untuk sesuatu keputusan, tapi kalau terlalu teruk sangat kritikan yang anda perolehi ia akan menjatuhkan keyakinan diri anda. Maka dengan itu cari pasangan yang membina, bukannya yang membuat anda hilang keyakinan dan tidak mampu berdiri atas kaki sendiri.

Tidak faham emosi anda

Bila pasangan tidak dapat memahami emosi anda itu adalah perkara yang sangat menyakitkan. Mana tidaknya, dia tidak tahu anda sedang sedih, marah, kecewa ataupun memendam rasa. Mana tidaknya, dia lebih mementingkan emosi dirinya sendiri berbanding emosi anda. Itu yang membuatkan anda semakin terluka dalam hubungan itu jika lebih lama.



Malukan anda depan orang ramai

Perkara ini selalu sangat berlaku bila pasangan tidak memahami anda, mana tidaknya dia tidak dapat faham reaksi anda serta apa yang anda katakan. Akhirnya, dia akan memalukan anda di depan orang ramai. Sudah tentu perkara ini akan membuatkan anda hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai.

Tidak dapat memahami pandangan orang lain

Orang yang tidak dapat memahami orang lain ini sebenarnya seorang yang pentingkan diri. Mereka ini tidak akan memahami orang lain tetapi lebih ingin orang memahami dirinya. Jadi, apa jua pandangan yang anda berikan kepada dia tidak akan diterima. Kalau anda sudah tidak diterima sebagai pasangannya, bagaimana pula dengan orang lain.

Cari pasangan yang memahami anda, barulah anda tidak makan hati bersendirian dan menahan dalam semua perkara. Memahami pasangan ini adalah salah satu cara untuk membahagiakan dia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen