5 Sikap Anda Ini Sebenarnya Penghalang Untuk Bertemu Jodoh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rakan-rakan yang lain semuanya sudah ada calon, bahkan ada yang sudah mendirikan rumahtangga, tapi anda saja yang masih lagi memegang status single dan mencari-cari calon. Tentunya sedikit sebanyak akan mengganggu diri anda. Nak-nak lagi emosinya.

Mana tidaknya, pergi sana sini ramai yang sudah tanya “bila nak kahwin?”, kalau soalan ini sekali dua boleh tahan nak menjawabnya tapi bila dan berulang kali tentunya anda sendiri yang naik letih.



Sering tertanya-tanya, mana jodoh menghilang?, apa kurangnya diri ini?, dan ada ke tak ada sebenarnya jodohnya ini. Tentunya perkara ini akan bermain difikirkan selagi anda masih belum bertemu dengan jodoh anda.

Ramai yang tak sedar sebenarnya, kadang jodoh itu depan mata dah. Tapi kerana sikap kita sendiri yang membuatkan jodoh semakin menjauh. Nak tahu 5 sikap anda yang membuat jodoh menghilang?

Kriteria yang terlalu tinggi tak sepadan dengan diri anda

Orang kata ukur baju dibadan sendiri. Sama juga dengan mencari jodoh ini. Jodoh itu adalah cerminan diri kita. Maka bagaimana diri kita, begitulah yang akan diperolehi. Jadi jangan mengharap terlalu tinggi tetapi pandang sekeliling mereka yang sama seperti anda. Barang kali dia jodoh yang anda cari.



Menilai seseorang dari luaran

Luaran seperti penampilan dan rupa paras adalah perkara pertama yang seseorang akan lihat. Tapi berkenalan dengannya terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menerima atau tidak. Perkenalan ini boleh membuatkan anda tahu mengenai dia dengan lebih dalam lagi seperti sikap, hati budi serta latar belakangnya.

Suka cakap lepas

Kata-kata kita itu adalah salah satu penampilan diri kita. Jika kita cakap sesuatu yang menguris hati seseorang, ataupun sesuatu yang kasar tentunya akan rasa tidak disenangi oleh orang lain. Maka dengan itu, jika anda mempunyai tabiat seperti ini, cuba kawal diri anda dan berkatalah sesuatu yang baik. Ini kerana, kata-kata juga merupakan satu doa.



Masih mengenangkan masa lalu

Berhenti berharap pada dia yang sudah tidak sudi, move on dan mencari kebahagiaan diri anda sendiri. Sampai bila anda perlu terus menyakiti diri sendiri. Anda juga berhak bahagia dan gembira seperti orang lain. Bukan itu saja, anda juga perlu mencari teman hidup dan bahagia bersamanya.

Tidak tahu apa yang anda inginkan

Sikap suka main tarik tali ini kadang kala akan meletihkan orang sekeliling anda. Nak-nak lagi mereka yang sudah mendekati anda. Tentunya dia inginkan tindak balas yang positif, tapi kalau anda masih bersikap seperti ini tentu saja akan membuatnya menjauh.

Jodoh itu kadang sudah ada di depan mata, tapi dia takut akan sikap kita yang mungkin membuatnya ditolak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen