Doa Elak Diganggu Orang Ketiga, Suami Isteri Kena Rajin Amalkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bertahun-tahun berkongsi hidup tentunya makin bimbang kalau kehilangan dirinya gara-gara kehadiran orang ketiga. Tidak kiralah macam mana pun pasangan kita, dia tetap pasangan yang terbaik buat diri kita. Tidak akan ada yang sama seperti ini.

Pasangan kita ini sudah mempunyai tempat khas di hati, tidak mahu ditukar ganti tetapi ingin bersamanya hingga ke akhir hayat. Mendidik anak hingga dewasa bersama-sama serta mengharungi liku-liku rumahtangga bersama tanpa kenal erti mengalah dan lelah.



Kalau boleh tidak mahu kenal erti penceraian dalam hidup suami isteri. Bukan mudah nak bangkit dan lalui perkara itu, walaupun sudah ditakdirkan sebegitu.

Walaupun sabar dan tabah hadapi segala ujian itu merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman, tetapi mengeluh, resah dan bimbang juga tanda-tanda kelemahan iman.



Sabda Rasulullah SAW;

“Apabila Allah kasihkan seorang hamba, nescaya Dia akan mengujinya dengan bala’ untuk mendengar doa dan rayunannya”.

Suami isteri, boleh sama-sama amalkan perkara ini untuk menjaga rumahtangga bersama.

Langkah 1: Mandi Air Yang Dibaca

Sebelum memulakan amalan dan doa-doa dibawah. Anda yang dalam keadaan susah hati, kecewa, bimbang dan hampir putus ada ataupun mereka yang tidak dapat berfikir dengan jelas dan bercelaru. Siapkan air satu baldi penuh.

Baca ayat berikut;

Istighfar – 3X
Surah Al Ikhlas, Surah Al Falak, Surah An Nas – 3X
Ayatul Kursi – 10X
Al- Fatihah – 20X
(Ditiup setiap kali habis baca)

Selesai semua bacaan diatas. Mandi dan juruskan air perlahan diatas kepala sehingga habis. InsyaAllah anda akan rasa amat tenang dan lapang dada. Segala kebimbangan akan hilang dan sekiranya terdapat makhluk halus yang berdamping atu mengikut anda akan lari dari anda. (Kadang-kadang ada yang menggunakan cara halus untuk membuat suami benci kepada isterinya).

Langkah 2: Solat Hajat

• Sebaiknya dilakukan 2/3 malam

• Minta Allah SWT buka pintu hatinya supaya kembali ke pangkuan serta kasih sayang kepada anda dan anak-anak

• Minta Allah SWT tutup pintu hatinya kepada berikut;

Lupa kepada kekasih gelapnya
Hilangkan kehinginan berjudi
Hilangkan ketagihan arak jika sumai seorang pemabuk
*Bergantung kepada punca keretakkan hubungan kalian

Langkah 3: Doa Yang Dibaca Selepas Solat Hajat
Baca doa berikut dengan mengikut adab-adab berdoa

Doa Menutup & Membuka Pintu Hati (Surah Al Maidah: Ayat 15,16)

Ayat 15

Ya ahla alkitabi qad jaakumrasooluna yubayyinu lakum katheeran mimma kuntumtukhfoon mina alkitabi wayaAAfoo Aaan katheerin qad jaakummina Allahi noorun wakitabun mubeen

Maksudnya;
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad, saw) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara ( yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah kitab (Al-Quran) yang jelas keterangannya.

Ayat 16

Yahdee bihi Allahu mani ittabaAAa ridwanahusubula assalami wayukhrijuhum mina aththulumatiila annoori bi-ithnihi wayahdeehim ilasiratin mustaqeem

Maksudnya:

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang merngikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang berderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

Doa Memohon Ketabahan Hati

Rabbana afrigh AAalayna sabranwathabbit aqdamana wansurnaAAala alqawmi alkafireen

Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkan kami terhadap kaum yang kafir”. (Surah Al-Baqarah, ayat 250)

Doa Pelindung Diri Dari Terkena Sebarang Sihir

Doa 1

Wahuwa alqahiru fawqa AAibadihiwayursilu AAalayukum hafathatan hattaotha jaa ahadakumu almawtu tawaffat-hurusuluna wahum la yufarritoon

Maksudnya:
Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga sampai ajal maut kepada salah seorang diantara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). (SurahAl Anam: Ayat 61)

Doa 2

Fa-in tawallaw faqad ablaghtukum maorsiltu bihi ilaykum wayastakhlifu rabbe qawmam ghayrakum walatadurroonahu ahy-an inna rabbww AAala kullishya-in hafeeth

Maksudnya:
Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dam Tuhanku akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu. (Surah Hud, ayat 57)

Doa 3

FawaqaAAa alhaqqu wabatala makanoo yaAAmaloon

Maksudanya:
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan. (Surah Al- Araf: Ayat 118).

Doa Memperolehi Kebahagiaan Yang Sejati

Orkud birijlika hathamughtasalun baridun washarab

Maksudnya:
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin). (Surah Shaad, ayat 42)

Doa Kebahagiaan Dunia & Akhirat

Rabbana atinafee dunya hasanatan wafee al-akhiratihasanatan waqina AAathabaannar

Maksudnya:
“Wahai Tuhan Kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebiakan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka” ( Surah Al-Baqarah: Ayat 201).

Istighdar 100X

Salawat Nabi 10X

Jika suami atau isteri yang banyak dosa kerana maksiat zina, minuman keras dan sebagainya. Hati mereka diselaputi titik-titik hitam yang menyababkan hati mereka keras. Sukar mendapatkan Hidayah Allah SWT. Oleh itu, Doa Menutup dan Membuka Hati dibaca berulang kali agar keinginan dan ketagihan ke arah itu dihapuskan dahulu.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen